Covid19Semasa

Melonjak 869 kes baharu! – 90% daripada kes penjara, PKPD, PKPB

Paling tinggi sejak PKP

PUTRAJAYA: 869 kes jangkitan baharu!

Angka jangkitan baharu COVID-19 hari ini, adalah yang paling tinggi pernah dicatat sejak penularan wabak berkenaan di negara ini.

Sebelum ini, angka harian tertinggi pernah dicatatkan ialah pada 6 Oktober lalu membabitkan 691 kes.

“Sabah kekal mencatatkan bilangan tertinggi, iaitu 451 kes atau 51.9 peratus daripada jumlah keseluruhan jangkitan baharu.

“Lembah Klang pula mencatatkan 20.3 peratus. Selangor melaporkan 159 kes, diikuti Kuala Lumpur (15) dan Putrajaya (dua),” katanya pada sidang media harian COVID-19, secara langsung di Facebook Live Kementerian Kesihatan hari ini.

Dengan statistik hari ini menjadikan jumlah kes Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 19,627 kes.

Oleh itu, jumlah aktif dengan kebolejangkitan Covid-19 adalah sebanyak 6,886 kes.

Bagaimanapun kata Tan Sri Dr Noor Hisham, mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Sebanyak 91 kes yang dirawat di ICU termsuk 30 kes yang memerlukan alat penafasan.

Tambahnya, 90 peratus kes baharu itu ialah dari kawasan penjara dan kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Tan Sri Dr. Noor Hisham berkata, empat lagi kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan menjadikan sebanyak 180 kes kematian. – KKM

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button