Semasa

Pendakwah selebriti didakwa lakukan persetubuhan luar tabii

Berdepan dua lagi kes rogol, cabul dan seks

PETALING JAYA : [UPDATE] Pendakwah selebriti, Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful, didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, hari ini, atas tuduhan melakukan persetubuhan luar tabii terhadap seorang pelajar wanita.

Syed Shah Iqmal, 25, mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Faiz Dziyauddin.

Terdahulu, tertuduh yang berbaju kemeja-T biru itu tiba di perkarangan kompleks mahkamah kira-kira jam 10.00 pagi, diiringi anggota polis dan sempat melemparkan senyuman kepada petugas media yang menunggu seawal jam 8 pagi.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Syed Shah Iqmal didakwa melakukan persetubuhan luar tabii terhadap seorang mangsa berusia 22 tahun di rumah sewanya, di Empire City, Jalan PJU 8/1, Damansara Perdana di sini, antara jam 3 hingga 4 pagi, pada 17 Oktober lalu.

Syed Shah Iqmal juga berhadapan dengan dua lagi pertuduhan di mahkamah yang berbeza.

Di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, Syed Shah Iqmal didakwa menggunakan kekerasan untuk mencabul kehormatan seorang pelajar wanita.

Manakala di Mahkamah Sesyen Shah Alam, dia didakwa buat kali ketiga petang ini dengan tuduhan merogol seorang wanita.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button