DomestikKemanusiaanSemasa

MAPIM perbaiki rumah Mak Cik Noriah yang lumpuh

REMBAU : Kisah keperitan hidup Noriah Sham, 66, pernah mendapat perhatian pihak Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) pada tahun lepas.

Kisah beliau yang terpaksa hidup sendirian dalam keadaan dirinya lumpuh mampu menitiskan air mata pendengarnya, seperti titik hujan yang jatuh melalui  atap rumahnya yang bocor.

Bantuan MAPIM tidak berhenti pada kunjungan pertama, mereka sekali lagi menziarahi rumah mak cik Noriah bagi memberikan khidmat susulan serta bertanyakan khabar terkini beliau.

Menurut Ketua Media MAPIM, Marina Sulaiman, tim MAPIM bukan sahaja membaiki bumbung rumah mak cik Noriah yang 80 peratus sudah uzur, tetapi turut menghantar kotak bantuan yang berisi keperluan makanan asas dan bergotong-royong membersihkan halaman rumahnya dengan kekuatan enam anggota sukarelawan MAPIM.

“Alhamdulillah, kita telah menyantuni rumah ke-16 dalam slot pembaikan rumah asnaf MAPIM, turut diserahkan beberapa barangan bantuan seperti tilam, dua bantal, selimut dan juga khidmat pembersihan dikawasan sekitar dan dalam rumah. Atap rumahnya juga terdapat banyak lubang dan lopong yang senang dimasuki air ketika hujan lebat sehingga menyebabkan rumahnya banjir, jadi kita datang bukan sahaja memberi kotak bantuan, tapi betulkan juga atap rumahnya yang bocor itu,” katanya ketika ditemubual UMMAHToday.

Perasaan gembira yang tidak terkata terukir pada wajah Noriah yang tidak putus-putus mengucapkan terima kasih kepada pihak MAPIM yang masih ingat kepadanya dan sudi menjenguk keadaannya.

“Ya Allah terima kasih banyak-banyak MAPIM yang masih tak lupakan makcik sudi datang ziarah lagi mak cik, lagi-lagi sekarang kita masih menyambut Hari Raya Aidilfitri, jadi mak cik rasa Syawal mak cik tahun ni amat bermakna sangatlah.

“Mak cik doakan agar semua tim MAPIM diberikan kesihatan yang baik untuk terus kerja-kerja mulia ini, mak cik bersyukur lah tengok anak-anak muda kuat-kuat semuanya ni rajin tolong bersihkan rumah makcik,” luahnya.

Mak Cik Noriah tinggal sebatang kara sejak pemergian ibu tercinta enam tahun lalu, kini dia sudah hampir tiga tahun lumpuh dan tidak mampu untuk bergerak seperti biasa.

Tahun lepas, MAPIM bersama NGO Geng Ngaji telah menyalurkan sumbangan kepada hampir 100 buah keluarga di sekitar Kampung Astana Raja, Rembau, Mak Cik Noriah merupakan salah seorang penerima bantuan tersebut.


AYUH INFAQ AMBIL PELUANG GANDAKAN PAHALA DI BULAN SYAWAL 

MAPIM Malaysia dengan rendah hati menjemput sahabat budiman yang dermawan untuk sama menjayakan agenda peduli ummah 365 hari MAPIM Malaysia dengan misi bantuan dan jelajah khidmat untuk dalam negara. Sumbangan anda mengukir senyuman saudara yang memerlukan dan ringankan beban.

Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi

Akaun Maybank
562263540066
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM

atau infaq menerusi
www.bantuummah.com

HOTLINE MAPIM MALAYSIA
jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button