Semasa

MAPIM Malaysia salurkan 60 buah kotak bantuan makanan kepada asnaf Cheras

CHERAS : Di sebalik bandar Cheras yang dihimpit dengan kepesatan bangunan-bangunan megah pencakar langit, terselindung 1001 kisah penghuninya yang ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’. 

 Hari ini di Masjid Al-Mubarakah, Taman Bukit Cheras, Kuala Lumpur menjadi tempat salur bantuan kepada golongan fakir, mualaf dan ibu tunggal yang di sampaikan oleh Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dengan kerjasama badan bukan kerajaan (NGO) masjid tersebut iaitu MAMU Care.

Sebanyak 60 buah kotak bantuan berbentuk keperluan asas disampaikan bagi meringankan sedikit sebanyak beban yang mereka alami, lebih-lebih lagi di kala harga barangan yang mencanak naik sehingga menjerat kehidupan mereka.

Pegawai Masjid Al- Mubarakah, Ustaz Sayuti Jalaluddin menzahirkan ucapan terima kasih kepada MAPIM Malaysia atas kesudian bekerjasama menjayakan program bantuan menyantuni asnaf seperti yang disenarai kariah masjid tersebut.

“Alhamdulilah program ini telah melibatkan 60 buah keluarga asnaf, pihak MAPIM telah menyalurkan 60 buah kotak bantuan makanan bagi disumbangkan kepada keluarga asnaf, syukur Alhamdulilah.” katanya pada wartawan UmmahToday.

Tambah beliau, MAMU Care berhasrat untuk terus menyambung kerjasama ini pada masa akan datang.

Wakil jurucakap MAPIM Malaysia, Aiman Syafiq berkata kerjasama ini dijalankan atas dasar ummah.

“Pihak MAPIM Malaysia dan pengurusan Masjid Al-Mubarakah melaksanakan program ini untuk meringankan beban asnaf dan juga golongan yang terkesan akibat pandemik COVID-19,

“Rata-rata asnaf yang menerima bantuan ini terdiri daripada kelompok pesara, hilang punca pendapatan dan juga mualaf.” ujarnya.

Diharapkan kerjasama ini memberi manfaat kepada mereka yang berada dalam kesusahan. Semoga kerjasama sebegini mampu mengikat utuh tali persaudaraan sesama kita untuk masa akan datang.

Oleh Aqil Azfar/ Nurshazlin Shahrom

______________________________

AYUH KITA LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA UNTUK NEGARA

MAPIM Malaysia dengan rendah hati merayu orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan kesusahan dalam negara lanjutan lock down dan covid-19. Ramai hilang pekerjaan dan dibebani dengan ujian

Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi

Akaun Maybank
562263540066
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM

HOTLINE MAPIM MALAYSIA
jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038

 

Related Articles

Back to top button