KesihatanSemasa

Malaysia sudah bersedia tangani virus monkeypox

Oleh Azrina Amri, wartawan pelatih

SINGAPURA: Kehadiran penyakit berjangkit baharu yang sudah menular di beberapa negara seperti monkeypox menjadikan sistem kesihatan Malaysia sudah bersedia untuk menanganinya.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata berdasarkan saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Malaysia menegaskan akan mula meningkatkan keupayaan mengdiagnosis penyakit tersebut.

“Terdapat nasihat daripada WHO, untuk Malaysia dan negara lain di rantau ini agar mula meningkatkan keupayaan mendiagnosis supaya kita boleh menguji cacar monyet.

“Hospital dan klinik kita sudah siap sedia. Kita mempunyai yang paling penting, infrastruktur pengesanan kontak yang telah tersedia daripada COVID-19 yang lepas.

“Ia adalah untuk memastikan bahawa jika terdapat satu lagi penyakit berjangkit di seperti cacar monyet, protokol sudah sedia ada,” katanya.

Khamis lalu, melalui sidang medianya beliau turut memaklumkan ‘Health Alert monkeypox’ yang akan dilakukan menerusi aplikasi Mysejahtera bermula 27 Mei 2022.

Menurutnya lagi, pengguna boleh mendapatkan amaran kesihatan sekiranya mereka dijangkiti virus ‘monkeypox’ melalui aplikasi MySejahtera.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai adakah Malaysia akan menutup sempadan negara memandangkan kes jangkitan monkeypox sedang menular di luar negara, beliau menegaskan Malaysia tidak akan berbuat demikian.

“Tidak, semestinya tidak (tutup sempadan negara). Amaran adalah berkaitan Deltacron, sesuatu yang sangat mudah ditularkan dan sangat berbahaya.

“Begitupun, kita harus memberi isyarat kepada dunia bahawa sebaik sahaja kita membuka perniagaan, sebaik sahaja kita membuka semula dengan selamat, kita tidak akan berpatah balik,” ujarnya.

-Agensi

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button