Bantuan MAPIM Di GazaKemanusiaanPalestinSemasa

Bukan sahaja di Gaza, rakyat Palestin di Malaysia juga dibantu MAPIM

Kagum dengan cara MAPIM permudah bantuan

BANGI : Dalam kesibukan masyarakat dunia meninjau isu kemanusiaan yang semakin merudum di bumi Palestin, segala bantuan dihulurkan bagi memberi semangat kehidupan kepada saudara yang tertindas. Namun, kadang kita teralpa nasib minoriti warga Palestin yang berteduh di tanah berdaulat ini.

Sameer, 41, berasal dari Gaza merupakan seorang warganegara Palestin yang berhijrah ke Malaysia tatkala tempat kelahirannya berada dalam ancaman bahaya. Serangan rejim Zionis yang tidak ada penghujungnya membuatkan Sameer tekad untuk mencari tempat berlindung bagi meneruskan kehidupan.

Pada tahun 2003, kisah hidup beliau bermula apabila usianya baru sahaja mencecah 23 tahun, Sameer nekad berpindah ke negara jiran, Jordan dan menetap di sana selama setahun. Tidak lama selepas itu, beliau tinggal sementara di Dubai sebelum datang ke Malaysia.

Perancangan Allah itu cukup cantik apabila Sameer bertemu jodoh dengan seorang wanita Malaysia dan dikurniakan dua cahaya mata.

Walaubagaimanapun, sebagai ketua keluarga Sameer akui berdepan dengan pelbagai cabaran. Hidup di Malaysia ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Khamis (3 Jun 2021), dalam usaha MAPIM menjalankan kempen Tabung Kilat Gaza, tidak ketinggalan buat saudara Palestin yang menetap di Malaysia.

Sameer antara rakyat Palestin yang terpilih menerima sumbangan dari MAPIM Malaysia bagi meringankan sedikit beban yang ditanggung, lebih-lebih lagi ketika pasca pandemik COVID-19 ini.

Sumbangan diberikan dalam bentuk satu kotak bantuan keperluan asas, wang ringgit dan tajaan membeli-belah di Pasaraya Merhaba.

Sameer dan keluarga berkesempatan membeli-belah di Pasaraya Merhaba
Mejar Bersekutu (PA), Zulhanis Zainol menemani anak bongsu Sameer yang teruja melihat mainan anak-anak

Sumbangan disampaikan oleh Setiausaha Agung MAPIM, Mejar Bersekutu (PA), Zulhanis Zainol, yang turut hadir bersama meraikan keluarga Sameer, juga memberi semangat kepada keluarga ini.

Bantuan disampaikan oleh Setiausaha Agung MAPIM Mejar Bersekutu (PA), Zulhanis Zainol

 “Sudah pasti kesempitan yang dihadapi saudara kita di Gaza, turut dirasai oleh Sameer yang turut bekerja mencari nafkah untuk keluarganya. Hari ini Wisma MAPIM Malaysia terpanggil untuk menyantuni keluarga ini dan serahkan bantuan, juga membawa mereka membeli-belah di Pasaraya Merhaba.” –  Mejar Bersekutu (PA), Zulhanis Zainol/  Setiausaha Agung MAPIM

Sementara itu, Sameer memuji dan kagum dengan MAPIM kerana urusan permohonan bantuan beliau selebum ini dipermudahkan.
Ketika Sameer ditemu bual, kelihatan wajahnya tampak teruja dan bersyukur dengan segala bantuan yang diterima oleh organisasi ini.

“Saya pilih MAPIM sebab saya tahu MAPIM merasai kesusahan orang. Pada masa yang sama, mereka mampu memudahkan apa-apa proses perihal kemanusiaan.” – Sameer

Sameer turut berharap agar MAPIM terus berjaya dalam melaksanakan kerja-kerja kemanusiaan dan mendoakan agar masyarakat Malaysia sentiasa dimurahkan rezeki.

Oleh Pelatih Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (Penyiaran) – Nurshazlin Shahrom

_____________________________

MASA UNTUK BERTINDAK !

Seruan untuk kita membantu saudara Gaza dan Palestin sudah tiba. Kita bantu dengan apa yang terdaya. Bantu dengan doa dan harta benda. MAPIM Malaysia membuka peluang untuk semua bagi membantu rakyat Palestin. Selain doa, rakyat Palestin sangat memerlukan bantuan kewangan.

MAPIM Malaysia merayu infaq rakyat Malaysia untuk rakyat Palestin. Boleh terus salurkan ke

Klik :
http://tabunggaza.com

ATAU
menerusi Akaun Maybank
Dana MAPIM :
5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi
menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

 

Related Articles

Back to top button