Semasa

Malaysia pertingkat usaha dengan UAE untuk vaksin Covid-19

Kukuh kerjasama pasca pandemik

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al- Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berhasrat untuk meningkatkan usaha membangunkan vaksin bersama dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam usaha menangani pandemik Covid-19.

Usaha ini dapat mengukuhkan kerjasama pasca pandemik antaranya dalam bidang kesihatan, pendidikan, keselamatan makanan, pertanian, teknologi masa depan, tenaga bersih dan boleh diperbaharui, industry halal serta pelancongan. Di samping boleh meneroka dan memperhebatkan hubungan dalam bidang pembangunan vaksin Covid-19.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke Bandaraya Masdar (Masdar City) Abu Dhabi, UAE ketika lawatan khas lima hari ke negara itu mulai 21 Disember lalu. – Foto ihsan Facebook Istana Negara

Al- Sultan Abdullah kini dalam lawatan khas di UAE dalam pertemuan dengan Putera Mahkota Abu Dhabi, Sheikh Mohamed Zayed Al Nahyan yang juga Timbalan Komandan Tertinggi Angkatan Bersenjata UAE serta pegawai-pegawai kanan negara berkenaan.

“Malaysia juga berkongsi banyak persamaan dengan negara GCC, dengan lokasi geografinya yang strategik, UAE khususnya, telah menjadi hab perdagangan utama bukan sahaja di rantau ini tetapi juga di seluruh dunia sejak sekian lama,” titah Seri Paduka. – Yang di-Pertuan Agong

Sementara itu, Al-Sultan Abdullah turut mengulas mengenai nilai-nilai bersama antara negara-negara Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dengan menyatakan bahawa Malaysia sebagai negara perdagangan meletakkan penekanan yang kukuh terhadap hubungan dengan negara-negara GCC, terutamanya UAE.

– Muhammad Arshad Azmi (Pelajar Fakulti Animasi UITM)

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button