DuniaSemasa

Makanan Malaysia mudah didapati di Makkah

MEKAH: Selain makanan yang disediakan Tabung Haji (TH), pelbagai pilihan juadah cita rasa tanah air boleh diperoleh jemaah haji di kota Makkah al-Mukarramah.

Nasi lemak, nasi kerabu, roti canai, laksam, kuih-muih dan teh tarik antara menu yang terdapat di sini bagi memenuhi selera para jemaah Malaysia.

TH menerusi TH Travel Services menawarkan perkhidmatan kafeteria di sembilan maktab penginapan yang beroperasi bermula 4.30 pagi hingga 11.30 malam setiap hari.

Petugas kafeteria Mohd Haruji Mohd Yahya berkata pelbagai produk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) turut dijual seperti kicap, sos cili dan sambal yang dibawa dari Malaysia.

“Kita membawa tukang masak dari Malaysia dan roti canai juga ditebar di kafeteria,” katanya kepada BERNAMA.

Seorang jemaah haji, Azizi Alias, 49, dari Peringat, Kelantan berkata dia boleh mendapatkan juadah dengan selera pantai timur di kafeteria di bangunan penginapan Abraj Al-Janadriyyah di sini, sesuai dengan cita rasanya.

Dalam pada itu, jemaah haji Malaysia yang berada di sekitar Masjidil Haram juga boleh mendapatkan hidangan Malaysia di restoran D’Saji di Safwa Tower di sini yang menyajikan antaranya nasi lemak, ayam masak merah dan mi goreng.


Mari melaksanakan ibadah korban 2023/1444H bersama MAPIM Malaysia.

Mengapa MAPIM Malaysia?

✅ Haiwan ternak yang berkualiti dan terpilih.
✅ Antara harga termurah dipasaran
✅ Reputasi MAPIM yang dipercayai.
✅ Memudahkan urusan anda dari mula sampai akhir.

Ibadah korban adalah Sunat Muakkad iaitu sunat yang DI TUNTUT bagi umat Islam mengerjakannya.

Insyaallah ibadah korban yang dilakukan dengan penuh ketakwaan dan keikhlasan akan mendapat ganjaran besar yang berlipat ganda dari Allah SWT.

“Pada setiap helai bulunya itu kita akan memperoleh satu kebaikan.”  
(HR. Ahmad dan Ibnu Majah)

Sertai ibadah korban bersama MAPIM Malaysia, layari  www.ibadahqurban.com

ATAU

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016. 

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button