Covid19KemanusiaanKesihatanSemasa

Lim Kem lelaki Cina yang hidup sendirian dalam kemiskinan

Banyak duit susah, tidak ada duit pun susah

Sabak Bernam : Ketika MAPIM Malaysia menuju ke rumah Lim Kem penerima bantuan yang seterusnya, dia sedang menunggu di tepi jalan. Ini kerana untuk ke rumahnya perlu melalui lorong berbatu jauh dari jalan utama. Apabila sampai ke rumahnya, ia tidak seperti rumah yang sepatutnya. Tidak ada pintu cuma ada bidai daripada guni putih. Tidak ada bilik hanya ada ruangan terbuka dan peralatan bertukang bertaburan di sana sini.

Lim Kem merenung masa hadapan

Lim Kem seorang lelaki Cina yang tinggal sendirian, tersenarai dalam penerima bantuan MAPIM Malaysia dalam Misi Ummah Bantu Ummah di Sabak Bernam. Melihat pada penampilan dan wajahnya yang sepi memang tidak diragukan Lim Kem perlu dibantu. Baik daripada segi kewangan dan juga sokongan perasaan.

Selain pakaiannya yang lusuh, Lim Kem juga menderita penyakit kulit. Melalui nada suaranya jelas dia merasa rendah diri dengan keadaan diri dan keadaan rumahnya yang uzur.

“Saya tengok kawan gaduh dengan isteri, saya jadi takut nak kahwin.”

Apabila ditanya mengapa dia tinggal sendirian, jawab Lim Kem dengan suara pilu, “Saya takut tidak dapat pikul tanggungjawab. Sebab itu saya tidak kahwin. Saya tengok kawan-kawan gaduh dengan isteri, saya jadi takut.”

Lim Kem pernah hidup senang dan ramai kawan yang datang, tetapi kawan jugalah yang membuatkan dia bankrap. Walaupun kini hidup serba kekurangan, kawan juga sudah tidak seperti dahulu tetapi tetap ada kawan sejati yang datang melawatnya.

Hidup sendiri

“Banyak duit susah, tak ada duit pun susah,” kata Lim Kem apabila mengingat kembali masa lalunya.

Lim Kem kini mengambil upah memperbaiki barangan dan perabot rumah. Namun hari itu tidak nampak ada apa-apa yang perlu dia tukang, bermakna tidak ada pendapatan untuk hari itu.

MAPIM Malaysia pada hari itu melalui ketua Misi Ummah Bantu Ummah, Tuan Haji Faris menyampaikan bantuan berupa bekalan makanan asas, dapur memasak, tilam, selimut, dan hygiene kit.

Menurut Tuan Haji Faris, “Kita bantu semua orang. Tidak kira bangsa dan agama. Contohnya, Uncle Lim Kem ini. Kita dapat laporan, terus MAPIM datang ke sini.”

MAPIM Malaysia berharap akan ramai lagi yang orang seperti Lim Kem yang dapat dibantu. Jadi MAPIM Malaysia merayu sumbangan orang ramai supaya lebih banyak permintaan bantuan dapat ditunaikan.

Tuan Haji Faris Hussain, Ketua Misi Ummah Bantu Ummah Sabak Bernam

#MisiUmmahBantuUmmah

MAPIM Malaysia membuka peluang kepada orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan bencana dan kemiskinan dalam dan luar negara dengan hanya RM200, RM300 & RM500 untuk pelbagai bantuan meliputi makanan, pembaikan rumah asnaf dan juga perkhidmatan sokongan perubatan menerusi mobile klinik. Sumbangan boleh dibuat melalui:

www.BantuUmmah.com

ATAU

menerusi Akaun Maybank
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
562263-540066

MAPIM Malaysia boleh dihubungi
menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm)
atau whatapps 012-800-2016

Related Articles

Back to top button