Semasa

Lelaki hasut wanita murtad ditahan

Rampas telefon bimbit, kad SIM

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki disyaki menghina agama Islam serta menghasut untuk memurtadkan seorang wanita pada Selasa.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata lelaki berusia 29 tahun itu ditahan pada jam 12.05 tengah hari.

“Sepasukan polis dari Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman telah menahan lelaki itu serta merampas sebuah telefon bimbit dan kad SIM,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Datuk Huzir berkata permohonan reman ke atas suspek di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah akan dipohon pada Rabu bagi siasatan lanjut.

“Kita kini dalam usaha untuk mengenal pasti dan mengesan sama ada terdapat individu lain yang turut terlibat dalam kes itu,” katanya.

Beliau berkata, suspek telah memuat naik klip video berdurasi 3 minit 11 saat berkaitan kes itu melalui platform YouTube pada pertengahan Februari lalu.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 441 Akta Hasutan 1948, Seksyen 298 Kanun Keseksaan, Seksyen 505 (c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,”

 

 

Related Articles

Back to top button