Travelog

Sebotol udara segar dijual pada RM430

Ambil udara bersih daripada tempat tidak tercemar

LONDON : Sudah muak menghirup udara tercemar, masyarakat kini boleh mendapatkan udara segar melalui pembeliannya di dalam botol.

Tidak perlu berkunjung ke mana-mana sebaliknya beli botol kaca berisi udara segara dari pesisir pantai dengan harga RM430 sebotol, keluaran syarikat Coast Capture Air.

Idea yang dicetuskan oleh syarikat berasal dari United Kingdom itu, pada mulanya berhasrat memberi kesedaran kepentingan udara bersih kepada masyarakat melalui produk terkini syarikat tersebut.

Sesiapa yang berminat boleh membelinya untuk dijadikan sebagai cenderahati.

Namun, permintaan diterima semakin meningkat hingga menarik perhatian ramai individu terutamanya dari kawasan tercemar yang sanggup membelinya untuk mendapat kesegaran harian.

Coast Capture Air dalam kenyataan memaklumkan kakitangannya berusaha keras memastikan mereka hanya membekalkan botol udara pantai terbaik di seluruh Cornwall.

“Setiap botol kaca khas Coast Capture Air berisi udara pesisir segar terus dari garis pantai semula jadi dan semula jadi di Great Britain.”

“Lokasi pengambilan udara pilihan kami di luar bandar iaitu kawasan tidak tercemar oleh manusia atau jentera, terpencil dan sukar dijejaki.”

“Jadi, produk kami sangat berkualiti dan luar biasa kerana sumbernya dari Hartland Point, Pantai Cornish, Great Britain.”

“Kami menempuh jarak panjang di Great Britain dan mengunjungi kawasan terpencil dengan keindahan semula jadi luar biasa. Daripada situ, kita dapat mengambil udara paling bersih,” katanya.

Coast Capture Air turut memaklumkan banyak faktor membezakan syarikatnya dengan yang lain.

“Kami memantau dan mengukur setiap botol digunakan.

“Kami guna peralatan sangat sensitif untuk memastikan kebersihan dan kualiti udara dalam setiap botol,”

Mana satu hari nanti tempat tidak tercemar di Malaysia bakal melakukan perkara yang sama – perniagaan oksigen.

 

 

Back to top button