DomestikSemasa

Sindiket nikah, pihak berkuasa negeri perlu ambil tindakan

KUALA LUMPUR: Susulan pembukaan semula sempadan, pihak berkuasa agama negeri digesa mengambil tindakan sewajarnya bagi membanteras kegiatan sindiket nikah di Thailand, yang didakwa kembali ditawarkan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad, berkata sebarang tindakan bergantung kepada bidang berkuasa agama negeri masing-masing.

“Ini adalah bidang kuasa pihak kerajaan negeri atau pihak berkuasa agama negeri yang ada undang-undang tersendiri. Ada sesetengah negeri memberi kelonggaran (berhubung undang-undang nikah di sempadan), sesetengahnya pula ada yang ambil tindakan.

“Kita harapkan pihak berkuasa agama negeri akan ambil tindakan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pelancaran Bank Simpanan Nasional (BSN) Dana Wakaf Al-Ikhlas membabitkan kerjasama antara Permodalan BSN Berhad dan Yayasan Waqaf Malaysia.

Yang turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji, Datuk Selamat Paigo; Ahli Lembaga Pengarah BSN, Datuk Mohd Rizal Mohd Jaafar; Pengerusi Permodalan BSN Berhad, Asaraf Aboo Bakar dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Waqaf Malaysia, Prof Dr Amir Shaharuddin.

Sindiket nikah di Thailand yang menawarkan semula ‘pakej VIP’ dengan caj sehingga RM50,000 kepada pasangan Malaysia yang ingin berpoligami.

-Agensi

Oleh Azrina Amri- Wartawan Pelatih Ummah Today

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button