Semasa

Lapan negeri dilanda hujan lebat, ribut petir pagi ini

PETALING JAYA : Ribut petir dijangka berteruskan berlaku di lapan negeri pagi ini sehingga pukul 11 pagi nanti.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam satu kenyataan Facebook berkata, kawasan Manjung, Bagan Datuk, Hilir Perak dan Muallim di Perak merupakan antara yang dilanda ribut petir, hujan lebat serta angin kencang.

Selain itu, keadaan yang sama berlaku di keseluruhan kawasan di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya serta Labuan pagi ini.

“Di Negeri Sembilan, hujan lebat serta ribut petir sedang tertumpu di kawasan Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah dan Rembau serta pendalaman negeri Sabah.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam,” katanya.

Sementara itu, amaran cuaca buruk ini merupakan amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button