BanjirSemasa

Ladang Mados, Kampung Sungai Tiram dinaiki air

JOHOR BAHRU : Hujan lebat yang melanda kawasan Johor telah menyebabkan terjadinya bencana banjir dan menjejaskan beberapa penduduk kampung di kawasan tersebut.

Menurut Ketua MAPIM Rangers Johor, Nor Azizi Samian, kejadian berlaku kira-kira pada pukul 8 malam dan antara kawasan yang terkesan banjir kilat adalah Kampung Sungai Tiram, Ulu Tiram Johor.

“Sebaik sahaja menerima laporan, Tim MAPIM Rangers Johor bergegas ke kawasan kejadian untuk membuat tinjauan dan mendapati bahawa air banjir telah naik sehingga mencecah paras pinggang.

“Kami telah memulakan operasi bantuan awal kepada mangsa-mangsa banjir dengan memberikan bantuan berbentuk pek makanan, barangan keperluan rumah.

“Sekitar 10 penerima manfaat yang diberikan oleh MAPIM Rangers dan ada di dalam kalangan mereka terdiri daripada golongan warga emas.

“Tim kami turut mengembleng tenaga menjalankan kerja-kerja pembersihan rumah mangsa”, katanya ketika ditemubual UMMAHToday.

Walau bagaimanapun, Azizi turut memaklumkan bahawa air sudah mula surut pada jam 11 malam.

Terdahulu, Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Muhammad Helmi Abdullah memberitahu bahawa Malaysia dijangka mengalami fasa peralihan monsun bermula Isnin hingga pertengahan Mei depan, sekali gus menandakan berakhirnya Monsun Timur Laut sejak 3 Nov lepas.

Dalam pada itu, Angkatan Pertahanan Awam (APM) turut memberitahu bahawa banjir kilat berpotensi berlaku di seluruh negeri Johor berikutan fenomena tersebut.

[videopress NPIhJdYl]

MAPIM Malaysia dengan rendah hati merayu sahabat peduli Ummah untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang sedang diuji dengan bencana banjir.

Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi
Akaun Maybank
562263540066
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM

Related Articles

Back to top button