Covid19Semasa

MAIK anjur zikir bersama-sama imam melalui pembesar suara

Inisiatif selepas PKP dikenakan di Kelantan

KELANTAN : Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan, MAIK,  mengajak rakyat Kelantan bermunajat bersama imam di rumah masing-masing.

Zikir Munajat Rakyat Kelantan itu disarankan MAIK dalam hantaran di media sosial Facebook agensi berkenaan.

Zikir Munajat Rakyat Kelantan itu disarankan dibaca bersama-sama dengan bacaan pada tiga waktu berbeza iaitu selepas Solat Subuh, selepas Solat Asar dan selepas Solat Maghrib.

Zikir itu akan dibacakan oleh imam melalui pembesar suara dan setiap rumah boleh mengikutinya dari rumah masing-masing.

Saranan ini dibuat MAIK selepas Kelantan menjadi negeri terkini yang harus melalui Perintah Kawalan Pergerakan, PKP.

Bacaan pertama selepas Subuh ialah membaca Mathurat dan Yassin, selepas Asar pula ialah Mathurat.

Manakala di antara Maghrib dan Isya zikir dianjurkan pula ialah :

Ya Allah 100x, Ya Hayyu Ya Qayyum 100x, Ya Qahhar 100x, Ya zaljalaliwal ikram 100x

“Bersama-samalah kita istiqamah dan yakin bahawa Allah pasti membantu dan memperkenankan doa serta harapan kita semua serta segera mengangkat penyakit Covid-19 dari muka bumi.”  – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan
Hari ini Kelantan menambah 114 kes menjadikan kes keseluruhan positif, di negeri itu ialah 1,983.
Manakala kes positif negara menurun sedikit daripada semalam (16 Jan)  iaitu 3,330 daripada 4,029 kes semalam.

 

Yang Dipertua MAIK, Tan Sri Tengku Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz dalam satu kenyataan berkata jumlah Pengerusi dan Ahli jawatankuasa masjid dan surau yang boleh menunaikan solat jemaah ialah tidak melebihi 12 orang manakala lima daripada jemaah biasa.

SOP juga perlu dipatuhi antaranya mengambil wuduk dari rumah dan membawa sejadah sendiri.

Jemaah yang berusia lebih 70 tahun tidak dibenarkan untuk datang ke masjid atau surau.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button