Semasa

Kumpulan pertama jemaah haji berlepas hari ini

Oleh Azrina Amri, wartawan pelatih

SEPANG: Seramai 295 jemaah haji menjadi kumpulan pertama Malaysia yang berlepas ke Tanah Suci pada musim 1443H/2022 selepas dua tahun ibadah haji tertangguh akibat pandemik Covid-19.

Saudi Airlines akan menerbangkan jemaah kumpulan pertama itu pada jam 1.35 tengah hari dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada hari ini.

Penerbangan dijangka akan mendarat pada jam 4.55 petang (waktu Arab Saudi) di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammad Abdulaziz.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, turut meluangkan masa untuk menyantuni jemaah haji yang bakal berlepas pada hari ini dan turut mengucapkan selamat jalan dalam satu majlis di Pusat Konvensyen Movenpick.

Beliau turut berkesempatan bertanya khabar, beramah mesra serta memberi kata-kata semangat dan nasihat kepada bakal jemaah haji.

Jemaah akan dibawa menaiki lapan bas yang disediakan oleh Tabung Haji untuk ke KLIA.

Sebanyak 48 penerbangan Malaysia Airlines dan Saudi Airlines yang akan membawa jemaah haji negara seramai 14,306 orang ke Tanah Suci pada tahun ini.

TH memberikan kuota jemaah yang mengutamakan kepada bakal haji yang tersenarai menunaikan ibadah itu pada tahun 2020 diikuti 2021 dan seterusnya yang berpandukan sistem pendaftaran berasaskan prinsip sebelum ini bagi memenuhi kuota jemaah haji yang diterima tahun ini.

-Agensi

 

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button