Semasa

Kuala Lumpur akan desak OIC bertindak tegas mengenai derita Palestin esok

Mesyuarat tergempar

PUTRAJAYA : Menteri Luar Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein akan menghadiri sesi sidang tergempar secara maya Pertubuhan Negara Islam sedunia esok.

Beliau yang bakal mewakili Malaysia akan menyatakan kecaman Kuala Lumpur yang tidak berbelah bahagi kepada Palestin. Malaysia juga katanya akan mendesak OIC untuk membuat pendirian tegas dan usaha secara maksimum untuk melindungi Palestin daripada kerakusan tindakan Israel.

Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) akan mengadakan Mesyuarat Tergempar Terbuka Jawatankuasa Eksekutif OIC Peringkat Menteri-Menteri Luar bagi membincangkan mengenai tindakan keganasan Israel, pencerobohan dan pendudukan kuasa oleh Israel di Wilayah Palestin terutamanya di Al-Quds AlShareef.

”Saya akan mengambil kesempatan menerusi pertemuan esok bagi menyampaikan pendirian tegas dan tidak berbelah bahagi Malaysia mengenai perkara ini kepada OIC.  Saya juga akan menyuarakan gesaan Malaysia agar OIC mengambil tindakan lebih tegas dan melaksanakan usaha semaksimum mungkin demi melindungi rakyat Palestin daripada keganasan Israel,” katanya dalam satu kenyataan di sini.” – Menteri Luar Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein

Dalam pada itu, beliau memaklumkan telah berkomunikasi secara berterusan dengan Menteri Luar Negeri II Brunei Darussalam, Datuk Seri Setia Erywan dan Menteri Luar Indonesia, Retno Marsudi bagi mencapai kata sepakat antara negara-negara Islam Asia Tenggara mengenai Palestin.

Secara kolektif, katanya, mereka bertiga mengecam sekeras-kerasnya serangan tentera penjajah Isreal terhadap rakyat Palestin dan mahu Israel hentikan serta merta tindakan pencerobohan di seluruh wilayah Palestin. – MalaysiaGazette

Related Articles

Back to top button