DuniaKemanusiaanPalestinSemasa

10,000 sudah tinggalkan Semenanjung Gaza : PBB

Israel pertingkat serangan artileri

GAZA : [KEMAS KINI] Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, PBB melaporkan seramai lebih kurang 10,000 penduduk Palestin telah dipaksa untuk meninggalkan rumah mereka di Semenanjung Gaza berikutan tindakan ketenteraaan Israel.

Menurut Al Jazeera, dengan jumlah kematian kini mencapai 137, Israel masih terus membedil dari udara dan darat ke atas Gaza.

Tentera rejim juga dilapor akan mempertingkatkan ketumbukan ketenteraannya berhampiran sempadan.

Setakat ini 137 maut  termasuk 36 kanak-kanak dan jumlah yang cedera meningkat 920 orang.

Jumlah ini dijangka melonjak selepas serangan udara Israel di kemah perkampungan pelarian di Shati yang mengorbankan dua wanita dan enam kanak-kanak. Ramai lagi yang maut di bawah runtuhan. Satu lagi bedilan memusnahkan rumah di KhanYounis.

 

Perkampungan pelarian Shati dibedil Israel – @SafaPS
Agensi media Safa berkata paramedik memaklumkan bayi ini satu-satunya yang terselamat dalam serangan di rumah ketua presiden perkampungan pelarian Shati awal pagi tadi. Dua wanita dan lima kanak-kanak maut.
Ratusan penduduk Palestin juga mendapatkan perlindungan di sekolah yang dibina oleh PBB bagi menyelamatkan diri daripada meriam Israel.
Benar kata Pengasas Cinta Gaza Malaysia, Nadir Al Nuri, strategi Israel melemahkan kawasan selatan Semenanjung Gaza adalah bagi memudahkan laluan kereta kebal dan tentera darat Israel memasuki Gaza. Serangan udara dan darat dari jauh sengaja dilakukan bertubi tubi bagi membuka laluan dan peluang kepada mereka untuk menceroboh Gaza.
Namun tidak semudah itu kata Timbalan ketua biro politik Hamas, Soleh Al’Auri .
Image “Sekiranya pihak penjajah  berani melancarkan serangan darat, ia akan sangat menyusahkan mereka, kerana persediaan kami untuk pertempuran darat, lebih hebat daripada persediaan roket kami.” – Timbalan ketua biro politik Hamas, Soleh Al’Auri .
***Palestin kembali berdarah! Seruan untuk kita membantu saudara Gaza dan Palestin sudah tiba. Kita bantu dengan apa yang terdaya. Bantu dengan doa dan harta benda.
MAPIM Malaysia membuka peluang untuk semua bagi membantu rakyat Palestin. Selain doa, rakyat Palestin sangat memerlukan bantuan kewangan.MAPIM Malaysia merayu infaq rakyat Malaysia untuk rakyat Palestin. Boleh terus salurkan kehttps://www.billplz.com/tabungkilatgazaATAU
menerusi Akaun Maybank
Dana MAPIM :
5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi
menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button