Semasa

Kilang kitar semula plastik di Pelabuhan Klang musnah dijilat api

Oleh Hafeez Anuar

PELABUHAN KLANG : Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor mengambil masa kira-kira 10 jam untuk memadamkan kebakaran di sebuah kilang kitar semula plastic di Kawasa Perindustrian Bandar Sultan Suleiman, di sini malam tadi.

Pengarah JBPM Selangor Norazam Khamis berkata pihaknya menerima laporan kebakaran kilang itu pada 8.22 malam tadi dan hingga 6 pagi tadi pihaknya telah memadamkan  hampir keseluruhan kebakaran yang memusnahkan 90 peratus kilang itu.

“Usaha kini ditumpukan untuk memadam bara api di bawah runtuhan struktur bumbung dan dinding.

“Kita juga membuat pemeriksaan untuk memastikan tidak ada lagi punca api sebab (kebakaran) ini melibatkan bahan-bahan plastik yang mudah terbakar dan api boleh naik balik. Kita akan pastikan api benar-benar padam, baru kita tinggalkan lokasi kebarakan,” katanya.

Norazam berkata proses pemadaman kebakaran itu mencabar kerana terdapat angin kuat memandangkan kilang tersebut terletak berhampiran laut yang menyebabkan api marak selain terdapat beberapa tangka cecair mudah terbakar di dalam bangunan itu.

Norazam berkata proses pemadaman kebakaran itu mencabar kerana terdapat angin kuat memandangkan kilang tersebut terletak berhampiran laut yang menyebabkan api marak selain terdapat beberapa tangka cecair mudah terbakar di dalam bangunan itu.

Norazam menerusi kenyataan malam tadi dilaporkan berkata seramai 51 anggota termasuk pegawai bomba dariada 11 balai digegaskan ke lokasi kejadian bersama 12 jentera untuk operasi pemadaman di bangunan yang berkeluasan 300 x 600 kaki persegi tersebut.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan akibat kejadian dan situasi kebakaran itu turut tular melalui laman sosial malam tadi.

-BERNAMA

Related Articles

Back to top button