DuniaPalestin

Keberanian perhimpunan massa rakyat Palestin adalah ketakutan terbesar buat Israel

Projek Zionis 'gagal' pecah-belahkan rakyat Palestin

Awal bulan lalu, dalam keseronokan untuk beramal sempena malam-malam akhir bulan Ramadan dan  merebut pahala malam Lailatul  Qadar, ribuan rakyat Palestin menaiki bas beramai-ramai menuju kota suci Masjidil Aqsa. Namun, keghairahan mereka terhenti apabila pihak berkuasa rejim melakukan sekatan jalan raya. Semua bas ke kota suci ditahan.

Tindakan yang sengaja mencari helah mengelakkan jemaah mengunjungi Aqsa itu, tidak mematahkan semangat mereka menghidupkan malam akhir Ramadan. Dalam keadaan berpuasa, mereka sanggup berjalan kaki sejauh 16 kilometer, dari sekatan jalan raya berkenaan ke Masjidil Aqsa.

Berita sekatan itu cepat tersebar, menjiwai apa yang dilalui saudara-saudara mereka, penduduk Palestin yang tinggal di sekitar Baitulmaqdis, mengambil kenderaan mereka menawarkan untuk membawa mereka beribadah di masjid suci tertua umat Islam itu.

Beberapa jam disekat, protes Palestin mula meletus, ia mampu menggusarkan polis rejim dan kemudian mengalah dengan tuntutan dan membuka laluan. Kemenangan buat masyarakat Palestin dicapai di jalanan, satu tindakan penafian awam yang mengukir momen bersejarah secara kolektif oleh rakyat Palestin.

Setiap apa pun agenda yang mencerminkan kesatuan rakyat Palestin pasti ada saja cubaan Israel untuk menghalang perpaduan itu. Sehari sebelum pertistiwa pertempuran di Masjidil Aqsa, golongan muda pendatang Yahudi dan jemaah Aqsa bertempur satu sama lain. Ratusan ditahan. Kekejaman terus dilakukan dengan menghalang lebih ramai mengunjungi Aqsa sehinggalah kemuncak amaran ditujukan oleh Hamas.

Israel kemudian terus dikejutkan dengan siri perhimpunan massa dengan protes rampasan tanah penduduk Palestin di wilayah Sheikh Jarrah di Baitulmuqaddis. Pemindahan secara paksa atas nama undang-undang yang sememangnya tidak akan menyebelahi Palestin. Pada masa yang sama, 48 kota di sekitar Palestin merayakan tunjuk perasaan menyokong tekanan yang dialami penduduk Sheikh Jarrah serta kemarahan mereka terhadap tindakan kasar dan ganas ke atas jemaah Al Quds.

Lapisan kemarahan dan pengalaman penindasan yang dilakukan oleh Israel, menambah amarah yang meluap-luap dalam jiwa penduduk Palestin.

Peningkatan sokongan terhadap Palestin yang dipamer di media sosial, menambah reaksi ganas pihak Israel. Hujung minggu yang lalu, maraton yang diadakan sebagai tanda sokongan kepada Palestin sejauh 3.5 kilometer dari Sheikh Jarrah ke Silwan – satu lagi wilayah yang dalam rampasan Israel   polis Israel terus menunjukkan belang pembersihan etnik.

Polis rejim bukan sahaja melancarkan gas pemedih mata, senjata pegun digunakan dari jarak dekat ke arah peserta maraton, malah mereka dipukul secara fizikal, mencederakan 23 orang.

Ketika tunjuk perasaan Sheikh Jala meletus, banyak orang bertanya mengapa orang Palestin dari Ramallah dan seluruh Tebing Barat turut serta dalam tunjuk perasaan ini? Ini kerana mereka sudah memahami segala polisi dan undang-undang Yahudi dilakukan untuk memecah belah dan perintah rakyat Palestin sejak dari tahun 1948 lagi. Ada saja kesatuan itu dan apa saja cara harus dileraikan bagi mengelak kemampuan rakyat Palestin untuk bersatu.

Seorang wartawan Palestin dari Tebing Barat, dalam ciapannya di  Twitter: “Bagaimana jika semua rakyat Palestin di Tebing Barat masuk dan memprotes di Sheikh Jarrah? Bolehkah penjajah Israel menangkap ribuan orang itu? Jumlah kami adalah lebih besar daripada mereka. “

Death to France': Tens of thousands of Muslims protest against Macron | The Times of Israel

Strategi Israel adalah strategi yang sangat kita ketahui iaitu memecah belah dan menakluki. Pemisahan Palestin secara fizikal dan paksa adalah teras kelangsungan hidup bangsa penjajah itu dalam impian penubuhannya.

Dua juta penduduk Gaza  terkurung dengan sekatan Israel selama 14 tahun. Tebing Barat pula yang berjumlah tiga juta orang Palestin, walau sedikit bebas dari di Gaza tetap menjadi pendatang di bumi sendiri, sehinggakan untuk melihat laut pun perlukan permit, selain penindasan apartheid yang tidak adil dari sudut mendapat infrastuktur, tanah dan kawasan mereka dikerat-kerat, diroboh untuk membina kawasan petempatan haram pendatang Yahudi.

Israel, Palestine, and Apartheid, Articles Ran Greenstein | Insight Turkey

Peristiwa Nakba menjadi kudis yang masih ada tandanya di hati setiap warga Palestin. Dasar pech dan perintah terus menjadi kesinambungan sehinggalah hasrat Yahudi menubuhkan sebuah negara tercapai. Teknik deomgrafi itu, kekuatan ketenteraan dan pembersihan etnik digunakan sebagai cara memperkuat penguasaan Israel dan memanjangkan jangka hayatnya.

Mengingat Kembali Peristiwa Nakba: Penjajahan dan Pengusiran Orang Palestina dari Tanah Airnya - Hidayatullah.com

Serangan bom telah pun berhenti, namun aktivis Palestin terus mencari inisiatif menggagalkan usaha Israel menghalang mereka.

Pada 18 Mei, rakyat Palestin di seluruh negara melakukan mogok umum bersejarah di seluruh negara. Dan ketika perarakan dari Sheikh Jarrah ke Silwan diumumkan, kumpulan dari Nazareth dan Haifa menganjurkan bas untuk mengawal orang Palestin untuk hadir.

Dari sudut ekonomi, mereka melancarkan “minggu ekonomi” antara 6-12 Jun, yang memfokus untuk memboikot produk Israel, bukan sahaja di tanah Palestin tetapi diasporanya di seluruh dunia.  Slogan “Kami beli dari Palestin”  dan “Baitulmuqaddis, Tebing Barat, ’48 dan Gaza, dilancarkan.

At least one Palestinian killed during Gaza protests

 

Perkembangan selama dua bulan terakhir ini menunjukkan bahawa walaupun terdapat perbezaan geografi, sosial dan politik, ia telah bekerja keras untuk mewujudkannya. Kejuruteraan demografik yang direka untuk menyatukan penduduk Palestin semakin maju, dan ke depan. Zionis semakin salah untuk mempercayai dasar pecah dan perintahnya mampu menekan orang Palestin dan jiwa-jiwa di seluruh dunia yang cakna, prihatin dan menyanjungi nilai manusia dalam kezaliman puluhan dekad ke atas Palestin.

Oleh Pelatih Fakulti Filem, Teater dan Animasi UiTM – Arif Ikhwan

****MASA UNTUK BERTINDAK

MAPIM Malaysia merayu infaq rakyat Malaysia untuk rakyat Palestin. Boleh terus salurkan ke

https://www.billplz.com/tabungkilatgaza

ATAU

menerusi Akaun Maybank

Dana MAPIM :

5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi

menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini

https://t.me/MapimMalaysia

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button