DuniaInspirasiPalestin

“Pergi ke planet Marikh lebih mudah berbanding balik ke Gaza”

Jurutera angkasa lepas Palestin bimbang hilang kerjaya

Seorang penduduk Palestin dari Gaza, Elbasyouni menyifatkan untuk pulang ke Gaza lebih sukar daripada pergi ke planet Marikh. Alasan Elbasyouni, dengan pelbagai sekatan, untuk balik semula belum tentu beliau dibenarkan untuk meninggalkan Gaza semula.

Elbasyouni, lahir dan membesar di Gaza. Sudah 21 tahun beliau meninggalkan Semenanjung Gaza, iaitu sebelum tercetusnya Intifada Kedua. Kini sudah pun mencecah usia 20 tahun, beliau sedang dalam usaha menamatkan pengajiannya di Amerika Syarikat (AS) selepas mendapat tawaran biasiswa.

Beliau yang kini menjadi seorang jurutera dan pembantu di Agensi Angkasa lepas Amerika, NASA, telah berjaya menerbangkan helikopter ke Marikh. Ingenuity Mars, helikopter terbang kawalan di Planet  Merah itu sejak awal bulan Mei. Setakat ini menurut NASA prestasinya memuaskan selepas berjaya dikawal oleh pesawat di planet lain.

“Bagi saya, waktu saya kecil saya bermimpi menjadi seorang jurutera angkasa lepas, tetapi saya memilih bahawa ia bukan perkara mudah untuk saya kerana saya dapat tahu Palestin tidak mempunyai program angkasa lepas, jadi ia bukanlah perjalanan yang mudah” – Loay Elbasyouni

Beliau menyamakan perjalanannya dari Gaza ke Amerika Syarikat sebagai satu misi mustahil dan dia bertekad menamatkannya dengan jaya.

Elbasyouni masih tidak pulang ke pangkuan keluarganya sejak dia meninggalkan Gaza dari tahun 2000.

“Ianya agak sukar memasuki Gaza untuk masuk tanpa membahayakan kerjaya saya. Entah-entah, kalau saya masuk ke sana kemungkinan saya terperangkap di sana amat besar.” –  Loay Elbasyouni

Tidak pulang ke Gaza dalam waktu agak lama tidak pernah memadam asal usul keturunannya, namun kecintaan anak muda Palestin ini dari sudut sains amat jelas, dan Palestin masih tetap di hatinya.

“Dengan keadaan di Marikh, sains yang menentukan segala, dengan sains kita dapat mengira semuanya dan meramalkan semuanya sebanyak yang kita boleh, dan kita berpegang pada harapan dan kepercayaan kita serta bukti matematik kita. Tetapi ketika berkaitan dengan situasi politik yang melibatkan politik, ia bergantung pada pendapat orang dan itu tidak dapat diramalkan” – Loay Elbasyouni

Oleh Muhammad Nasrul Haqim bin Mohd Nasir – Pelatih Fakulti Filem, Teater dan Animasi

********Seruan untuk kita membantu saudara Gaza dan Palestin sudah tiba. Kita bantu dengan apa yang terdaya. Bantu dengan doa dan harta benda.
MAPIM Malaysia membuka peluang untuk semua bagi membantu rakyat Palestin. Selain doa, rakyat Palestin sangat memerlukan bantuan kewangan.

MAPIM Malaysia merayu infaq rakyat Malaysia untuk rakyat Palestin. Boleh terus salurkan ke

Klik :
http://tabunggaza.com

ATAU
menerusi Akaun Maybank
Dana MAPIM :
5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi
menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button