DomestikSemasa

Kakak Ketua Menteri Sarawak meninggal dunia

KUCHING : Kakak Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abang Zohari Abang Openg, meninggal dunia, pada jam 8.30, malam tadi.

Dayang Mastijah Abang Openg, 89, meninggal dunia di kediamannya di Seri Minangkabau 1, Jalan Muhibbah di sini.

Pejabat Ketua Menteri dalam kenyataan memaklumkan, Allahyarhamah meninggal dunia akibat sakit tua.

Jenazah kepada anak bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak pertama, Tun Abang Openg Abang Sapiee itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Semariang, Petra Jaya, di sini, hari ini.

Dayang merupakan anak kedua dalam keluarga daripada 10 beradik.

Pada 10 Jun yang lalu, seorang lagi ahli keluarga kepada Abang Zohari iaitu abangnya, Abang Abdul Rahim, 78, meninggal dunia di Pusat Perubatan Normah, Petra Jaya, akibat serangan jantung.

Oleh Faiz Danial – Wartawan Pelatih Ummah Today

Related Articles

Back to top button