BanjirSemasa

Jambatan Roboh Tidak Menghalang MAPIM Rangers Santuni Ummah

Laluan utama dua kampung terputus akibat banjir & tanah runtuh

AJIL : Klip video di atas ini telah tular sejak seminggu lalu selepas banjir paling buruk melanda Kampung Betong serta sekitarnya pada Sabtu, 27 Feb 2022 lalu. Detik cemas ini dirakamkan serta dimuat-naik pengguna facebook Aslina Ngah selepas banjir merobohkan jambatan serta menyebabkan dua kampung; Kampung Betong & Kampung Belukar Bukit terputus hubungan.

Jambatan yang menghubungkan Kampung Betong dengan Kampung Belukar Bukit roboh disebabkan banjir serta aliran air deras Sungai Berang menghakis tanah di tebing jambatan lalu runtuh. Ini mengakibatkan putus bekalan bantuan serta makanan untuk ke Kampung Belukar Bukit memandangkan jambatan ini menjadi laluan utama penduduk setempat. Menurut Aslina Ngah, 40 tahun, jambatan ini juga menghubungkan penduduk kampung untuk ke Pekan Kuala Berang serta laluan anak-anak untuk ke sekolah S.K. Kampung Betong.

Air naik secara mendadak pagi itu, timbunan kayu yang banyak telah menghakis tanah di bawah jambatan lalu menyebabkan tanah runtuh dan jambatan roboh. Mujur tiada korban nyawa ketika kejadian. Cuma kami di sini terputus bekalan air bersih untuk kegunaan harian serta bekalan makanan menjadi sukar untuk didapatkan..” keluh Aslina Ngah

Menurut Aslina lagi, mujur selepas perkongsian video ini menjadi tular, ramai pihak yang hadir untuk memberikan bantuan kepada penduduk setempat.

YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, Menteri Besar Terengganu hadir ke lokasi jambatan roboh untuk melakukan tinjauan
Penulis bersama tim MAPIM Rangers melihat sendiri kesan runtuhan

Memikirkan keperluan terdesak penduduk di kawasan Kampung Belukar Bukit serta sekitarnya, tim sukarelawan 4×4 MAPIM Rangers turut bergegas mencari laluan alternatif dari Kampung Betong untuk ke seberang bagi menghantar kotak bantuan dan menyantuni penduduk di sana.

Sebanyak hampir 400 keluarga telah menerima kotak-kotak bantuan daripada MAPIM Malaysia beserta bekalan air bersih, selimut dan kit solat di sekitar Kuala Berang termasuk di Kampung Betong, Kampung Baharu Lubok Periuk, Kampung Peneh & Kampung Belukar Bukit.


MAPIM Malaysia dengan rendah hati merayu sahabat peduli Ummah untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang sedang diuji dengan bencana banjir.
Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi
Akaun Maybank
562263540066
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button