DuniaSemasa

Hampir 230 orang awam terkorban akibat pencerobohan di Ukraine

GENEVA : Hampir 230 orang awam terkorban di Ukraine termasuk 15 kanak-kanak sejak Rusia melancarkan pencerobohan berskala penuh terhadap negara itu.

Pejabat Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Hak Asasi Manusia (OHCHR), bermula 24 Februari pada hari Russia memulakan pencerobohan hingga tengah malam Selasa turut telah menyebabkan 525 orang awan tercedera.

“OHCHR percaya angka sebenar jauh lebih tinggi,” katanya dalam satu kenyataan.

Agensi hak asasi PBB itu berkata kebanyakan mangsa ” kawasan impak yang luas dengan penggunaan senjata letupan termasuk tembakan dari artileri berat dans istem roket pelbagai pelancaran dan serangan udara adalah punca kematian nyawa yang tidak bersalah.

Jumlah tersebut dipercayai lebih tinggi daripada jumlah korban awam yang direkodkan oleh OHCHR di zon konflik timur Ukraine dari 2012 hingga 2018 meskipun ia menunjukkan angka lebih rendah.

Ketua hak asasi PBB, Michelle Bachelet berkata angka kematian tersebut juga lebih dua kali ganda daripada 102 kematian yang dilaporkan pada Isnin.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan Ukraine pada Ahad melaporkan 352 kematian orang awam, dan ia mengatakan pada Selasa bahawa 16 kanak-kanak meninggal dunia.

Mengikut kiraan PBB, 31 orang adalah lelaki, 25 wanita, enam kanak-kanak lelaki dan tiga kanak-kanak perempuan merupakan antara mereka yang terbunuh.

Selain itu, enam kanak-kanak dan 156 orang dewasa yang tidak diketahui jantinanya meninggal dunia, kata OHCHR.

– AGENSI

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button