KerohanianSemasa

Doakan Mufti Perak cepat sembuh

Tan Sri Harussani diserang strok selepas solat Subuh

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, dikejarkan untuk rawatan kecemasan di sebuah hospital swasta di Ipoh, Perak hari ini akibat serangan strok selepas solat Subuh, pagi tadi.

Exco Agama Islam dan Penerangan Perak, Mohd Akmal Kamarudin, yang mengesahkan kejadian itu, berkata berdasarkan maklumat disalurkan Jabatan Mufti Perak, Tan Sri Harussani masih lagi dalam pemantauan rapi hospital berkenaan.

Beliau meminta seluruh rakyat negeri Perak, khususnya dan rakyat Malaysia amnya, mendoakan kesejahteraan Tan Sri Mufti yang disayangi semua.

“Kita berdoa agar beliau segera sembuh kerana khidmatnya masih diperlukan di negeri ini,” katanya ketika dihubungi media.

Tan Sri Harussani, 81, dilantik sebagai Mufti Perak sejak 1985 sehingga kini dan memegang pelbagai jawatan di peringkat negeri mahupun Pusat.

Seorang tokoh agamawan, beliau menyandang pelbagai jawatan antaranya, Pengerusi Jawatankuasa Penapisan Bahan-Bahan Terbitan Berunsur Islam, Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah Lembaga Teks Al-Quran, Ahli Majlis Fatwa Kebangsaan, Pengerusi Jawatankuasa Syariah Negeri Perak dan sebagainya.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button