KerohanianSemasa

‘Mat Kilau’ bersama-sama jayakan Malaysia #QuranHour kali ke-8

Bertemakan Malaysia Bersujud: Keluarga Malaysia Teguh Bersama 

PUTRAJAYA:  Terus menjadi platform meningkatkan penghayatan al-Quran dalam kalangan masyarakat, Malaysia #QuranHour kali ke-8 telah diadakan dengan jayanya hari ini di lokasi perdana, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Program tahunan anjuran Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) bersama rakan sinergi bertemakan ‘Malaysia Bersujud: Keluarga Malaysia Teguh Bersama’  bermula pada 12 tengah hari tadi dan berlangsung selama satu jam.

Malaysia #QuranHour kali ini menghadirkan solusi daripada Surah Al-Sajdah yang menyajikan formula bagi membentuk mukmin sejati melalui sujud dan infak. Ini sesuai dengan objektif utama penganjurannya yang menjurus kepada perubahan minda masyarakat melalui panduan yang dinyatakan dalam Al-Quran.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif WUIF Marhaini Yusoff acara hari ini turut menampilkan qari terkemuka tanah air untuk mengalunkan bacaan Al-Quran bersama peserta yang mengikuti program yang dijalankan secara fizikal dan juga atas talian.


Manakala penampilan istimewa pelakon utama filem ‘Mat Kilau’, Datuk Adi Putra diberikan penghormatan membacakan ikrar untuk memerdekakan diri dari keburukan di jiwa.


“Setiap kali kita adakan #QuranHour sebenarnya kita nak bawa kepada erti kemerdekaan menurut Al-Quran. Jadi esok kita akan merayakan Hari Kebangsaan 2022 dan (penganjuran) kali ini kita bawakan sempena Hari Kebangsaan dan kita bawakan surah Al-Sajdah dan itu adalah kelainan pada tahun ini berbanding tahun-tahun lain,
jelas Marhaini.

Surah Al-Sajdah menjadi surah pilihan sebagai panduan dalam membina negara Baldatun Toyyibatun Wa Rabbun Ghafur yang bermaksud ‘Negara baik yang mendapat keampunan Allah SWT’.


Inisiatif Malaysia #QuranHour dilihat sangat berkesan serta disambut dengan positif oleh rakyat di seluruh negara apabila banyak perkongsian foto & video aktiviti bacaan Al-Quran secara berjemaah dimuat naik ke pelbagai platform media sosial termasuk facebook dan tik tok.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button