Covid19Semasa

Covid-19 : Kes sembuh atasi kes baharu hari ini

Kebolehjangkitan 10,087 kes

PUTRAJAYA: Kes sembuh COVID-19 hari ini mengatasi angka kes positif!

Jumlah 685 kes pulih dilaporkan, manakala kes baharu adalah sebanyak 649 menjadikan jumlah kumulatif jangkitan baharu di negara ini sebanyak 30,090 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadikan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan sebanyak 10,087 kes.

“Ingin dimaklumkan daripada 649 kes baharu pada hari ini, terdapat tujuh kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara, kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Tan Sri Dr Noor Hisham berkata kes yang dilaporkan di Sabah dan negeri-negeri di Lembah Klang, yang masih berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), menyumbang sebanyak 78.7 peratus daripada jumlah harian kes positif COVID-19 secara keseluruhan.

“Sabah mencatatkan sebanyak 352 kes (54.2 peratus) dan negeri-negeri di Lembah Klang pula mencatatkan 159 kes (24.5 peratus) daripada jumlah keseluruhan kes.

“Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 246 kes iaitu 0.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes,” katanya. – BERNAMA

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button