DuniaKerohanian

MAPIM Malaysia kutuk kebiadapan Emmanuel Macron

``Kebebasan suara bukan tiket hina junjungan Baginda SAW''

BANGI : Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia, MAPIM Malaysia mengecam dan mengutuk tindakan biadap Presiden Perancis, Emmanuel Macron yang secara terang-terangan menghina Umat Islam secara langsung dengan tayangan siri karikatur menghina Rasulullah SAW.

Ketua Pegawai Eksekutif MAPIM Malaysia, (Dr.) Sani Araby Al Kahery dalam kenyataannya berkata mana mungkin ‘kebebasan bersuara’ dijadikan alasan untuk menghina semulia-mulia insan iaitu Baginda Rasulullah SAW.

“Tidak mungkin kami berdiam diri melihat diri Rasulullah SAW dicaci dan dihina saat Beliau sebaik manusia”.

MAPIM Malaysia turut menggesa kempen boikot produk Perancis sebagai menghantar mesej protes kepada pihak Kerajaan Perancis.

Pada masa yang sama MAPIM juga mengutuk sebarang kegiatan keganasan yang tidak dibenarkan dalam syariat Islam.

MAPIM juga menggesa orang ramai untuk sama-sama meneruskan kempen memboikot barangan Perancis, dan menyebarkan video ini agar ramai dapat mengetahui perkembangan yang berlaku ini dengan hashtag.

#BoycottMadeInFrance

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button