Covid19Semasa

Covid-19: 423 kes positif hari ini, tertinggi sejak PKP

Kedah catat pertambahan 241 kes

KUALA LUMPUR: Malaysia terus kes positif Covid-19 tinggi dengan hari ini catatan merekodkan 432 kes baharu COVID-19  iaitu yang paling banyak sejak wabak itu mula dikesan di negara ini, pada akhir Januari lalu.

Ini kali ketiga rekod harian tertinggi virus itu dicatatkan di negara ini dalam tempoh empat hari, selepas mencatatkan 287 kes pada Jumaat lalu, diikuti 317 kes pada Sabtu dan 293 semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan itu di negara ini sebanyak 12,813, dengan 2,336 kes akitf setakat ini.

Daripada jumlah kes baharu itu, beliau berkata, sebanyak 429 kes membabitkan jangkitan dalam negara dan tiga lagi kes import.

“Sebanyak 57 kes pulih dicatat, menjadikan jumlah kumulatif discaj sebanyak 10,340 atau 80.7 peratus daripada keseluruhan kes jangkitan.

“Jumlah pesakit yang menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) ialah 32 orang dan lapan pesakit memerlukan bantuan pernafasan.

“Tiada kes kematian dicatat, menjadikan jumlah kumulatif kematian kekal 137 atau 1.07 peratus,” katanya menerusi Facebook beliau, hari ini.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button