Semasa

Covid-19: 375 kes baharu, 5 kematian

PUTRAJAYA : Kes baharu Covid-19 di Malaysia mencatatkan 375 kes dan jumlah kumulatif kes positif meningkat kepada 14,368 kes.

Daripada 375 kes tersebut, 371 adalah kes tempatan dan 4 kes adalah kes import.

Perkembangan terbaru itu disampaikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi sidang media yang bersiaran langsung daripada kediamannya hari ini.

Sehingga setakat hari ini, terdapat 18 kes sembuh, menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh beralih angka kepada 10, 519 kes.

Sebanyak 16 kes baharu di catat di Kedah hari ini, dengan 14 kes dari Kluster Tembok, 1 Kluster Bah Sintok, dan 1 saringan SARI.
Kota Setar berada di zon merah manakala semua kes dari Kluster Tembok adalah terasing dari orang awam dan terkawal.
Sementara itu, sebanyak 5 kes kematian dilaporkan hari ini dan semuanya di Sabah.
4 daripada 5 kematian ini mempunyai sejarah penyakit kronik, menjadikan jumlah kematian 146 kes bersamaan 1.02%.
 
KKM

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button