Covid19Semasa

Covid-19 : 11,618 kes baharu dicatatkan

Malaysia rekod kes harian tertinggi

PUTRAJAYA : Kes harian Covid-19 kekal melebihi 11,000 untuk dua hari berturut-turut dengan 11,618 kes dilaporkan hari ini,  menjadikan catatan kes yang tertinggi pernah direkodkan di negara ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata peningkatan kes menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 di negara ini melonjak kepada 867,567 kes.

Katanya, Selangor menjadi penyumbang utama kes baharu dengan 5,051 kes diikuti Kuala Lumpur 1,749 kes dan Negeri Sembilan (1,537).

“Semua negeri mencatatkan pertambahan kes baharu hari ini,” katanya dalam kenyataan di Facebooknya hari ini.

Melaka mencatatkan kes baharu sebanyak 526 kes, Kedah (504), Pahang (400), Johor (396), Sarawak (289), Sabah (286), Kelantan (236), Pulau Pinang (210) dan Perak (164).

Selain itu Terengganu merekodkan 189 kes, manakala Putrajaya (40), Labuan (38) dan Perlis enam kes baharu.

Oleh : A.Azfar

Related Articles

Back to top button