DuniaSemasa

Arab Saudi timbus 2,450 telaga berikutan kematian Aryan Oram

Kementerian Saudi menimbus 2,450 telaga terbiar susulan kemalangan perigi yang banyak berlaku sejak kebelakangan ini

RIYADH : Arab Saudi telah kambus beribu-ribu telaga di kerajaan itu berikutan kematian seorang kanak-kanak berusia lima tahun selepas dia terjatuh ke dalam perigi di Maghribi. Ia merupakan satu insiden yang mengejutkan banyak pihak di seluruh dunia.

Kematian Rayan Oram di wilayah Chefchaouen di Maghribi pada hujung minggu lalu berikutan usaha menyelamat yang didedahkan ramai mencetuskan rasa simpati.

Dia akhirnya dikebumikan pada hari Isnin di kampungnya Ighrane di pergunungan Rif Maghribi.

Kementerian Alam Sekitar, Air dan Pertanian Arab Saudi berkata mereka telah mengambil keputusan untuk “mengisi dan mengukuhkan 2,450 telaga terbiar”.

Kementerian juga menyeru penduduk untuk melaporkan mana-mana telaga yang tidak selamat atau tidak bertutup. Ini untuk memastikan peristiwa hitam kematian Rayan Oram tidak berulang lagi.

Rayan menghabiskan lima hari selepas terperangkap dan terjatuh di telaga yang sempit sedalam 32 meter Selasa lalu. Operasi menyelamatkan kanak-kanak itu memaksa pihak berkuasa untuk menggali sebahagian besar tanah tandus itu dan melibatkan ramai pihak.

Sedar akan perkara itu, ini adalah usaha murni Kerajaan Arab Saudi untuk memastikan rakyatnya sentiasa dalam keadaan selamat.

Related Articles

Back to top button