Covid19Dunia

Bungkusan ikan timah sejuk beku positif Covid-19

Diimport dari Myanmar

NANJING : Sampel yang diambil daripada bungkusan ikan timah sejuk beku diimport dari Myanmar dikesan positif COVID-19 di bandar Wuxi, Wilayah Jiangsu, timur China, kata pihak berkuasa tempatan.

Pegawai pencegahan dan kawalan COVID-19 bandar itu, berkata mereka mengesan virus berkenaan dalam sampel bungkusan yang diambil daripada ikan timah yang disimpan di kedai makanan tempatan.

Pihak berkuasa menyita produk berkaitan yang dikesan dan melakukan kerja pembasmian kuman pada premis serta kenderaan yang digunakan untuk menyimpan atau mengangkut produk itu.

Seramai 17 orang yang mempunyai kontak dengan bungkusan tercemar itu kini di bawah pemantauan pengasingan dan semuanya didapati negatif COVID-19.

China kini meningkatkan usaha untuk menghalang penularan COVID-19 melalui makanan import selepas virus itu dikesan beberapa kali pada produk makanan sejuk beku.

Kementerian Pengangkutan mengeluarkan garis panduan pada pertengahan November lalu untuk mencegah jangkitan COVID-19 melalui rantaian makanan sejuk beku yang diimport melalui jalan darat atau laut.

Pada Ogos lalu, di Beijin sampel kepak ayam sejuk beku yang diimport ke bandar selatan China, Shenzhen dari Brazil  dilaporkan diuji positif COVID-19, menurut wakil kerajaan bandar itu.

Penemuan itu menimbulkan kebimbangan bahawa penghantaran bekalan makanan tercemar terbabit berupaya mewujudkan gelombang baharu COVID-19. – AGENSI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button