DuniaSemasa

Ibu berang campak dua anak dalam telaga

Follow kami di https://t.me/UmmahTodayNews
Informasi berita ummah bagi perkembangan semasa dalam arus perjuangan ummah

Platform medsos : https://linktr.ee/UmmahToday

NEW DELHI : ‘Berang dengan ibu mertua, anak jadi mangsa’ menjelaskan insiden tragis yang berlaku di Chhatarpur Madhya Pradesh, India

Kejadian mengejutkan itu melibatkan seorang wanita yang dikenali sebagai Rani Yadav, yang berhubung dengan ibu mertuanya menerusi telefon bimbit.

Rani pada awalnya menggunakan telefon bimbit si suami, namun, dimarahi ibu mertuanya. Kerana terlalu  marah, Rani bertindak mencampak dua anak perempuannya yang berusia empat dan 10 tahun ke dalam sebuah telaga sebelum menggantungkan dirinya.

Rani yang berusia 33 tahun itu serta anaknya berumur 10 tahun disahkan maut, manakala, anak bongsunya terselamat selepas tersangkut di bahagian dinding perigi berkenaan.

Difahamkan, mayat kedua-dua mangsa telah dihantar ke hospital untuk dibedah siasat dan siasatan lanjut berhubung kes ini masih dijalankan.

LATIN TIMES

Oleh Nurshazlin Shahrom

Related Articles

Back to top button