Semasa

Buaya naik darat ?

Air pasang besar, pengguna jalan di Miri diminta hati-hati

MIRI : [UPDATE}

[VIDEO] Jalan raya di Miri dibanjiri air laut ekoran air pasang besar di Pantai Lutong Miri malam tadi.

Penduduk yang menggunakan jalan berkenaan dinasihat supaya berhati-hati.

Ketika amaran waspada dikeluarkan kepada penduduk sekitar Miri.

Kisah ini perlu dijadikan iktibar oleh penduduk sekitar dan di sempadan Miri-Brunei selepas kelibat seekor buaya yang menaiki darat dilihat di salah sebuah kawasan perumahan akibat kenaikan air pasang berkenaan.

Kejadian buaya menaiki darat di kawasan perumahan berlaku di Kampung Bebatik Kilanas, Brunei.

Video dikongsi wartawan @SarawakarikTok, Sufri Yusof Shamsudin.

Sementara itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Meteorologi  Malaysia, pada jam 3 pagi tadi ribut petir dan hujan lebat diramal berlaku di Sarawak di kawasan Betong, Sibu, Mukah, Kapit dan Bintulu.

Amaran juga dikeluarkan di Perak di Kerian, Larut dan Selama.

Manakala di Sabah di kawasan Telupid, Beluran, Sandakan dan Kudat serta beberapa bahagian di Selangor.

 

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button