Semasa

Amaran merah dikeluarkan di Pahang, Johor

Tangguh perjalanan guna LPT1 : LLM

KUALA LUMPUR : Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran merah atau cuaca bahaya pada kenyataan terkini jam 7:40 minit pagi tadi.

Amaran tahap merah dikeluarkan iaitu sangat lebat dan dijangka berterusan dikeluarkan di Pahang membabitkan Pekan dan Rompin manakala di Johor di Mersing.

Tahap jingga pula untuk Pahang, iaitu di Raub bagi keadaan hujan berterusan termasuk Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan dan Bera.

Tahap kuning iaitu hujan lebat yang dijangka berlaku pula ialah di Kelantan, Terengganu dan Pahang termasuk di Tanah Tinggi Cameron.

Juga di Batu Pahat, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

MetMalaysia juga meramalkan angin kencang timur laut berkelajuan melebihi 60km/jam dengan ombak melebihi 4.5 meter dijangka boleh berlaku di perairan negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur dalam tempoh tersebut.

Di Johor Bahru antara kawasan terjejas teruk ialah Skudai dan Tampoi Utama, lebih 5,000 penduduk terjejas.

Dalam pada itu. Lebuh Pantai Timur dilaporkan @LLMinfotrafik   di laluan di kedua-dua arah di KM198 di antara Gambang dan Sri Jaya telah dinaiki air setinggi dua kaki pagi tadi.

Semua pemandu dinasihatkan untuk menangguhkan perjalanan.

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button