Semasa

Berputih mata! Infaq daging tak kesampaian

`Scammer' tipu lebih RM300,000

SEREMBAN : Niat suci seorang pesara kerajaan menginfaqkan daging tidak kesampaian apabila menyedari dirinya ditipu sindiket.

Beliau rugi sebanyak RM342,869 selepas diperdaya ahli sindiket pinjaman wang tidak wujud yang dikenalinya hanya menerusi laman sosial, Instagram.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri Sembilan, Superintendan Aibee Ab Ghani berkata, lelaki berusia 62 tahun itu berhasrat membuat pinjaman berhubung satu program dianjurkan mangsa.

“Berdasarkan siasatan awal, mangsa ingin membuat pinjaman sebanyak RM200,000 daripada sebuah syarikat bagi tujuan pembayaran semula program infaq daging yang mangsa anjurkan.”

“Dia kemudian diminta melakukan pembayaran bermula pada 29 September lalu bagi mendapatkan pinjaman tersebut sehingga Sabtu lalu,” kata Superintendan Aibee dalam kenyataannya pada Isnin (26/10).

Memetik Sinar menurutnya, mangsa sempat membuat sebanyak 71 transaksi keseluruhannya kepada sembilan akaun bank yang berbeza.

“Bagaimanapun, mangsa menyedari ditipu apabila diberitahu anak-anaknya pada hari Sabtu lalu selepas dia meminta bantuan anak-anak untuk membuat pembayaran.

“Mangsa membuat laporan polis semalam dan kita sedang mengesan sembilan pemilik nombor akaun berkenaan untuk membantu melengkapkan siasatan ini di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button