BanjirSemasa

Banjir Johor: MAPIM & JAKIM sediakan masakan panas elak keracunan

MUAR: Selain banjir, Chaah di Segamat dilaporkan mengalami isu tiada bekalan air bersih susulan paip utama yang hanyut dan pecah akibat arus deras. Ketiadaan air bersih boleh menyebabkan risiko penyakit dan keracunan makanan kepada mangsa dan para frontliners yang bertugas di Pusat Penempatan Sementara (PPS).

Menyedari pentingnya penyediaan masakan panas dan bersih, tim aktivis MAPIM Malaysia yang berada di lapangan telah menyantuni lebih 500 mangsa banjir di Kampung Melayu Bahru Batu 28, Lenga Muar dengan hidangan segar sejak Jumaat.

(Dr) Sani Araby Al-Kahery, Ketua Pegawai Eksekutif MAPIM Malaysia

Kita bimbang dengan situasi yang melanda mangsa yang berada di PPS terutamanya kekangan untuk mereka memperoleh sumber air bersih. Oleh kerana itu, MAPIM Malaysia melalui inisiatif Mobile Kitchen kami menyediakan makanan panas yang baru di masak dan terus mengedarkannya kepada kelompok sasaran di tempat bencana.

Dengan kapasiti memasak maksima untuk 1000 orang dalam satu masa, inovasi ini sangat penting untuk memberi khidmat khususnya di tempat banjir dan bencana,” kata Dr Sani Araby Al-Kahery, Ketua Pegawai Eksekutif MAPIM Malaysia

Hidangan menu kari ayam bersama kubis goreng dan telur dadar yang dimasak panas dan segar membangkitkan selera penghuni di PPS dan dapat membuatkan mereka lupa seketika musibah banjir yang menimpa.

Rata-rata penduduk yang mengungsi di PPS yang menerima baik kehadiran aset Mobile Kitchen MAPIM Malaysia menyatakan rasa gembira dengan inisiatif ini. Sedikit sebanyak makanan panas yang disajikan mengukir senyuman tanda mereka tidak keseorangan dalam menghadapi ujian banjir kali ini.

Turut menerima makanan adalah pasukan frontliner yang turut berhempas pulas mengurus dan memindahkan mangsa banjir yang terkesan.

“Kami telah menyantuni penghuni di PPS SK Kampung Bahru dan SK Gombang dengan menyediakan masakan panas buat mereka sejak Jumaat dan hari ini (Sabtu) dengan anggaran 500 hingga 700 mangsa banjir termasuk frontliners menerima manfaat daripada inisiatif ini,” kata Leftenen Bersekutu (PA) Aiman Syafiq yang mengetuai Misi MAPIM ke Muar kali ini.

Setakat 10 pagi tadi, mangsa banjir di negeri itu terus meningkat kepada lebih 37,000 mangsa yang dipindahkan ke 253 PPS dengan semua 10 daerah terjejas akibat bencana alam itu.

BACA JUGA
MAPIM gerakkan aktivis untuk bantuan bencana banjir di Johor

MAPIM Malaysia dengan rendah hati merayu orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan musibah banjir serta menyokong kelangsungan misi bantuan kemanusiaan kami.

Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi

Akaun Maybank

TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM

562263540066

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button