PalestinSemasa

Askar israel bunuh budak Palestin di Hebron

RAMALLAH – Seorang budak lelaki Palestin berusia 15 tahun ditembak oleh tentera Israel, semasa pertempuran di bandar Hebron, Tebing Barat, semalam, kata Kementerian Kesihatan Palestin.

Remaja itu yang dikenali sebagai Milad al-Raai, ditembak di perut dan belakang, oleh tentera Israel, di kem pelarian Al-Aroub, menurut kementerian itu. Dia disahkan meninggal dunia di hospital tempatan.

Sumber keselamatan Palestin berkata, pertempuran meletus antara askar Israel dan pemuda tempatan, selepas tentera Israel melepaskan tembakan gas pemedih mata di pintu masuk ke kem pelarian. Pemuda itu bertindak balas dengan membaling batu ke arah askar, yang kemudian melepaskan tembakan dengan peluru hidup dan tong gas pemedih mata.

Pembunuhan al-Raai adalah yang terbaru dalam siri pertempuran maut antara Palestin dan tentera Israel di Tebing Barat. Sejak Jan tahun ini, lebih 220 rakyat Palestin, termasuk kanak-kanak dan wanita, telah dibunuh oleh tentera dan peneroka Israel, menurut angka rasmi.

Related Articles

Back to top button