BanjirSemasa

Dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka untuk mangsa banjir di Klang

SRA Kampung Delek & Dewan Orang Ramai Kg Sg Sireh kini dijadikan PPS

KLANG: Pihak Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Klang telah membuka 2 Pusat Penempatan Sementara (PPS) untuk mangsa banjir susulan kejadian air pasang besar dan hujan lebat awal pagi tadi.

Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) Klang dalam kenyataan di Facebook memaklumkan, mangsa banjir dari Kampung Delek Baru dipindahkan ke Sekolah Rendah Agama (SRA) Kampung Delek.

Sementara itu, mangsa banjir dari Kampung Sungai Sireh Tambahan pula dipindahkan ke Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Sireh.

Mangsa banjir yang memerlukan bantuan boleh hubungi wakil Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) atau terus ke PPS berkenaan.


“Laporkan sebarang kejadian banjir kepada talian perhubungan bencana Daerah Klang yang disediakan,”
tulis kenyataan itu merujuk poster talian di atas.

Dalam kenyataan berasingan, PTD Klang memaklumkan ketinggian air di dua kawasan dalam daerah tersebut iaitu Bandar Klang dan Tugu Keris berada dalam paras bahaya setakat jam 7.15 pagi, manakala Kampung Rantau Panjang pada tahap berjaga-jaga.
Namun kemas kini setakat jam 9 pagi menunjukkan ketiga-tiga kawasan tersebut kini berada dalam tahap berjaga-jaga.

MAPIM MALAYSIA LANCAR MISI BANTUAN KECEMASAN BENCANA BANJIR

Semua upaya sudah kita lakukan. Pelan kecemasan sudah kita lakarkan. Tindakan awal juga sudah kita gerakkan.

Namun ia masih belum mencukupi.

Mangsa banjir merayu sumbangan rakyat Malaysia bagi meringankan beban mereka.

Sama-sama kita bantu. Ini kecemasan, perlu disegerakan.

Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi

Akaun Maybank

562263540066
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM

atau layari www.bantuummah.com

HOTLINE MAPIM MALAYSIA
Jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button