BanjirSemasa

`Kota yang tak Tinggi’ Naik taraf sistem perparitan elak banjir!

Selepas 14 tahun banjir buruk berulang kembali

KOTA TINGGI : Sejak bermula tahun baharu Kota Tinggi adalah antara daerah yang terjejas teruk banjir di negeri Johor.

Kota Tinggi juga pernah melalui banjir buruk 14 tahun yang lalu.

Sehingga jam 10:00 pagi tadi Kota Tinggi masih tercatat antara kawasan lokasi yang mempunyai ramai mangsa terjejas.

Melihat kepada pengulangan itu yang disusuli keadaan cuaca tidak menentu dunia kini Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta sistem perparitan dan saliran khususnya di kawasan bandar dinaikkan taraf, selain menjalankan kajian bagi mengatasi kekerapan banjir yang berlaku di daerah berkenaan.

Banjir di Kota Tinggi pic: Twitter TheStar

Perkara itu disampaikan Tan Sri Muhyiddin kepada Ahli Parlimen Tenggara, Datuk Halimah Mohamed Sadique, ketika lawatan ke lokasi penempatan mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Laksamana, kelmarin.

Datuk Halimah yang juga Menteri Perpaduan Negara, berkata banjir pernah berlaku pada tahun 2006 atau 2007 bagi tempoh sebulan setengah, sehingga menyebabkan Kota Tinggi lumpuh dan kedai tidak boleh beroperasi termasuk tidak ada aktiviti langsung dalam bandar berkenaan.

“Kita sudah ada pengalaman bagi tempoh itu. Selepas 14 tahun, berulang kembali pada tahun ini. Saya berharap pihak pengurusan pentadbiran kerajaan negeri termasuk jabatan seperti Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dapat membuat perancangan segera untuk naik taraf sistem perparitan dan saliran dalam kawasan bandar dan luar bandar, selain kajian yang mungkin perlu dijalankan.”- Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin

Keadaan banjir sekitar Kampung Palembang Baru,Kluang,Johor pic: Ihsan Twitter KluangMan

“Dulu, ada kajian yang dijalankan untuk selesaikan soal banjir yang air termenung di kawasan bandar. Kita dapat lihat Perdana Menteri pun sudah memaklumkan kepada Menteri Besar supaya tindakan segera diambil untuk bantu permulaan aktiviti ekonomi dalam kawasan bandar.

“JPS buat kerja mereka, cuma peruntukan tidak cukup. Biasanya banjir, mesti Kota Tinggi teruk. Kalau sudah kebiasaan, sepatutnya lebih daripada segi tindakan itu perlu ada, jangan tunggu apabila banjir berlaku, baru terdesak kita perlu buat itu ini. Tapi dengan syarat, peruntukan kena ada,” katanya ketika ditemui selepas lawatan berkenaan.

“Kita harap ia tidak akan mengganggu keselesaan pelajar masuk ke sekolah, jadi kalau ada baik pulih yang perlu disegerakan dapat diturunkan dengan segera,” -Datuk Halimah Mohamed Sadique Menteri Perpaduan

Terdahulu, Perdana Menteri melawat Pusat pemindahan sementara yang menempatkan 156 orang daripada 35 keluarga dari kawasan Batu 25, Taman Aman serta Taman Mawai.

pic: Utusan

-Muhammad Arshad Bin Azmi (Pelajar Fakulti Animasi UITM)

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button