SemasaSyria

81 pelarian Syria meninggal dunia akibat wabak taun terbesar

Kali terakhir wabak taun menyerang Syria adalah pada 2009

QAMISHLI: Kes wabak taun dilaporkan semakin meningkat di Syria selepas meragut 81 nyawa dalam tempoh 3 bulan sejak Ogos hingga Oktober lalu.

Menurut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), wabak itu telah menjangkiti 24,614 rakyat Syria sejak Oktober.

Memetik laporan Arab News, daerah Deir Ezzor, Raqqa dan Hasakah merupakan yang paling terjejas diserang wabak itu.

Ketua Misi Kemanusiaan MAPIM Malaysia, Dr Sani Araby Al-Kahery dalam Misi Bantuan RescueSyria menyantuni pelarian Syria dengan memberikan diesel untuk kemudahan keluarga pelarian memanaskan badan dalam cuaca sejuk yang melampau
Bendahari MAPIM Malaysia, Haji Faris Hussain dalam Misi Bantuan Kemanusiaan menyantuni pelarian Syria

Dalam masa sama, sebanyak 65 kes wabak taun turut dilaporkan di beberapa kem pelarian.

Wabak taun telah membawa kebimbangan utama rakyat Syria selepas negara itu dilanda perang saudara sejak tahun 2011, penularan wabak COVID-19 serta kemarau yang teruk.

Sejumlah kawasan di Syria, terutamanya wilayah terpencil berdepan krisis air bersih selepas infrastruktur pengairan dan pembetung musnah dalam perang saudara hampir 11 tahun.

WHO percaya bahawa rakyat Syria terdedah kepada taun selepas minum air di Sungai Euphrates yang kering.

Musim kemarau yang kritikal disebabkan pengepaman air bawah tanah yang berlebihan dan pembinaan empangan baru di hulu sungai Eufrat menyebabkan sungai kekeringan.

Selain itu, hampir separuh rakyat Syria bergantung pada sumber air alternatif yang kebiasaannya tidak selamat, dan sekurang-kurangnya 70 peratus air kumbahan tidak dirawat.


MAPIM Malaysia menjemput sahabat peduli Ummah untuk sama menjayakan Misi Bantuan Kemanusiaan Syria. Justeru berikut bantuan terdesak yg diperlukan:

– RM250 bantuan selimut
– RM600 saham wakaf rumah pelarian
– RM500 bantuan ubat-ubatan
– RM250 bantuan food pack 1 bulan
– RM250 bantuan alat pemanas
– RM500 wakaf saham bina sekolah #40
– RM500 bantuan kitchen/kilang roti MAPIM
____
2 CARA MENYUMBANG
KE DANA BANTUAN KECEMASAN
MISI RESCUE SYRIA (MAPIM)
_____
1. Saudara yg prihatin boleh terus menyumbang melalui bank pilihan secara online (FPX):

INFAQ SEKARANG ▶️ www.rayuansyria.com

ATAU

2. Salurkan Sumbangan
Menerusi Maybank
SYRIA EMERGENCY APPEAL (DANA MAPIM)
Akaun No : 562834636987

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button