Semasa

Bazar Ramadan, Bazar Aidilfitri, solat terawih dibenarkan

Seluruh negeri bermula 13 April

KUALA LUMPUR : Berkuat kuasa 13 April depan operasi bazar Ramadan, Hari Raya Aidilfitri dan solat tarawih di semua negeri dibenarkan.

Keputusan itu  dibuat selepas kerajaan mendapatkan pandangan Kementerian Kesihatan (KKM) berhubung kebenaran operasi perniagaan dan solat Tarawih pada Ramadan tahun ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata selepas perbincangan dan mendapatkan nasihat daripada KKM, jawatankuasa teknikal mengambil keputusan membenarkan solat tarawih dan pembukaan bazar Ramadan di seluruh negara.

“Bagaimanapun kebenaran yang diberikan adalah berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat untuk dipatuhi peniaga dan pengunjung bazar Ramadan dan bazar hari raya ini.”

Beliau berkata pada dasarnya mengikut cadangan asal berikut adalah ketetapan waktu operasi bagi bazar Ramadan dan Bazar Aidilfitri.

  • Bazar Ramadan – 3:00 petang – 8:00 malam
  • Bazar Hari Raya – 10:00 pagi – 12 :00 tengah malam

 

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button