Semasa

69% puas hati prestasi Perdana Menteri

Berada dalam zon selesa sejak Mac lalu

Petaling Jaya :69 peratus rakyat Malaysia berpuas hati dengan prestasi Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Statistik itu diperolehi dalam satu kajian dilakukan oleh Merdeka Center sehingga 10 Ogos lalu.
Kajian membabitkan 3,415 responden itu, mendapati sembilan daripada 10 orang Melayu dan Bumiputera dari Sabah dan Sarawak menyatakan rasa puas hati mereka.
Manakala, 65 peratus responden kaum India dan 33 peratus responden dari kaum Cina memberikan respons positif terhadap prestasi Perdana Menteri.
Tahap sokongan terhadap Perdana Menteri meningkat dan kini berada dalam zon selesa selepas beliau memegang jawatan tersebut sejak Mac lalu.
Respons positif turut diterima kerajaan Persekutuan apabila 58 peratus pengundi berpuas hati dengan prestasi Perikatan Nasional (PN) manakala 28 peratus tidak berpuas hati dengan pentadbiran PN.
Dalam pada itu, kajian Merdeka Center dalam kenyataannya kepada media turut menunjukkan jurang pendapatan memainkan peranan penting dalam menentukan tahap puas hati mereka kepada kerajaan.
Kira-kira tiga per empat daripada responden yang pendapatan isi rumah kurang dari RM2,000 seorang memberi respons positif kepada kerajaan.
Manakala hanya 40 peratus daripada mereka yang berpendapatan isi rumah lebih RM7,000 sebulan memberikan respons positif.
Tan Sri Muhyiddin secara rasmi diangkat menjadi Perdana Menteri kelapan pada 1 Mac lalu selepas mengangkat sumpah di di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Istiadat angkat sumpah berkenaan sekali gus menamatkan kemelut politik yang melanda negara yang bermula 22 Februari lalu.
Selain prestasi kategori lain yang termasuk dalam kajian Merdeka Center termasuklah tahap kepuasan hati responden terhadap hala tuju kerajaan, topik keutamaan utama rakyat, pengurusan bencana Covid-19 dan tanggapan terhadap parti-parti politik negara.
Untuk melihat keptusan kajian boleh muat turun dari pautan ini:

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button