Covid19Semasa

TEMCO Amanjaya 9,490 belum disaring, sila buat segera!

12,870 disaring, 1 positif : KKM

KUALA LUMPUR,  Seramai 12,870 orang disaring di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Bersasar secara pentadbiran membabitkan tiga zon iaitu Zon Kenanga, Zon Mawar dan Zon Melur di Amanjaya, Sungai Petani, Kedah, sehingga hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah itu, satu kes dikesan positif, 12,687 individu negatif dan 182 individu masih menunggu keputusan.

Beliau, bagaimanapun berkata dianggarkan seramai 9,490 orang masih belum menjalani saringan wabak tersebut.

“Meskipun jumlah anggaran ini masih dalam semakan, pihak KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) menyeru dan merayu mereka yang belum menjalani saringan untuk segera tampil ke pusat saringan yang disediakan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Pelaksanaan PKPD Bersasar di Amanjaya, Sungai Petani berkuat kuasa pada 28 Ogos sehingga satu tempoh yang akan diumumkan kelak, melibatkan sejumlah 22,360 isi rumah merangkumi 265 kediaman.- BERNAMA

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button