DuniaKerohanian

365 pelajar terjemah 400 artikel ke bahasa Arab di Wikipedia

Matlamat imbangi jurang pengguna internet Arab Saudi

JEDDAH : 365 pelajar wanita dari Universiti Arab Saudi menggunakan kemahiran mereka bagi mempromosikan kandungan bahasa Arab dan Islam dalam ensiklopedia dalam talian global.

Hampir 400 artikel sudah diterjemahkan daripada bahasa Inggeris ke bahasa Arab oleh pelajar dari Fakulti Bahasa Universiti King Khalid dan terjemahannya itu digunakan di platform Wikipedia.

Projek itu diselia oleh ahli fakulti menerusi kursus jarak jauh yang ditawarkan oleh pusat penyelidikan berkenaan kepada pelajar wanita dan artikel terjemahan diterbitkan selepas disunting dan diluluskan untuk penggunaan Wikipedia.

Katanya, antara kandungan artikel yang diterjemahkan adalah berkaitan menyoroti sejarah dan peradaban kerajaan, Arab dan dunia Islam.

“Matlamat projek ini adalah mengimbangi jurang pengguna internet Arab Saudi dan peratusan kandungan digital, penerbitan material digital mengenai sejarah kerajaan dan menjadi akar umbi bahan terbitan bagi menyokong kandungan bahasa Arab dalam pelbagai bidang, terutama bidang pendidikan dan budaya,” katanya.

Dalam membantu mencapai sasaran projek, usaha sama dijalinkan dengan universiti dan badan budaya dan pelancongan dengan sebahagian program latihan memperkasakan digital sudah dilancarkan.

Al-Shehri turut mengakui terdapat kekurangan kandungan bahasa Arab yang boleh diguna pakai dalam pelbagai bidang terutama berkaitan dengan sejarah dan peradaban.

“Sebagai contoh, kita mendapati di setiap wilayah Arab Saudi, keseimbangan dan kekayaan warisan budaya kuno, mercu tanda, pengalaman dan pelbagai pekembangan dalam semua bidang yang perlu disunting dan diperkayakan dalam ensiklopedia ini,” katanya. – AGENSI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button