Kemanusiaan

Dari khemah ke rumah

Beri peluang pelarian menghuni sebuah rumah

SEMPADAN SYRIA -TURKI : Sembilan tahun yang lalu mereka dipaksa meninggalkan kampung halaman sendiri sehinggalah kini menjadi pelarian dalam negara.

Seramai lima juta orang meninggalkan Syria dan terbuang dari negara sendiri lalu menumpang hidup di empat negara.

Hujan lebat dan salji tebal menjadi antara musuh utama, jutaan pelarian Syria itu.

Setiap kali menjelang musim hujan mereka bersiap siaga menggali parit dan meninggikan ketinggian tanah di sekeliling khemah untuk mengelakkan air memasuki khemah mereka.

Januari tahun lalu, ribut Norma yang membadai Lubnan telah menyebabkan ratusan pelarian terjejas.

Pada masa yang sama cabaran lain penghuni ialah ketika musim sejuk menjelma.

Kedinginan di bawah suhu 10 darjah Celcius menyebabkan mereka memerlukan alat pemanas.

Bagi Bilal Aydo, beliau dan keluarga terpaksa mengutip kadbod pada siang hari.

Ketika malam mereka kemudian membakar kadbod menjadi unggun api untuk memanaskan tubuh mereka sekeluarga.

Pengairan dan saliran di kawasan perkampungan khemah pelarian juga adalah salah satu perkara utama yang dibincangkan oleh agensi pelarian PBB, UNHCR.

Sehubungan itu, misi ke-15 Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) ke Syria amat bermakna buat apabila mereka bakal mendirikan sebuah penempatan lengkap pelbagai kemudahan buat pelarian Syria di pinggir Idlib.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Dr Ahmad Sany Araby Al-Kahery berkata, perkampungan Malaysia Syria itu akan merangkumi pembinaan rumah bata kepada pelarian Syria.

Kemudahan lain di perkampungan itu termasuklah sekolah, masjid, klinik bergerak dan taman permainan kanak-kanak.

“Kita dalam proses untuk menyediakan mereka dengan rumah, dan mohon pewakaf dari Malaysia menyumbang untuk membina rumah untuk mereka.”

Koordinator Kemanusiaan Rantau PBB untuk Krisis Syria, Mark Cutts berkata, ratusan daripada ribuan pelarian dalam negara itu, masih tinggal di khemah yang berlumpur, malah keadaan akan menjadi semakin buruk pada musim sejuk.

PBB dalam laporan terkini mengenai kemanusiaan berkata, dekad akhir-akhir ini memperlihatkan peningkatan jumlah pelarian dalam negara yang disebabkan oleh konflik dan keganasan.  Ada lebih kurang 51 juta pelarian dalam negara yang baharu dan sedia ada, manakala pelarian tulen ialah 20 juta.

 

Agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR), menjelaskan negara terbabit ialah Turki, Lubnan, Jordan dan Mesir denganTurki menerima pelarian paling ramai iaitu berjumlah 1,772,535 orang.

Manakala Lubnan mempunyai seramai 1,174,690 pelarian, diikuti Jordan 629,128 dan Mesir seramai 132,375 orang pelarian.

*INFAQ ANDA
KAMI SAMPAIKAN SENDIRI KEPADA SAUDARA SYRIA DISINI!

Tim RescueSyria MAPIM Malaysia kini sudah berada di Syria dan sempadan Turki keluar masuk menguruskan amanah dan bantuan secara terus untuk tempoh 3 bulan.

Justeru berikut bantuan terdesak yg diperlukan:
– RM250 bantuan selimut
– RM600 saham wakaf rumah pelarian
– RM500 bantuan ubat-ubatan
– RM250 bantuan food pack 1 bulan
– RM250 bantuan alat pemanas
– RM500 wakaf saham bina sekolah #40
– RM500 bantuan kitchen/kilang roti MAPIM
________________
2 CARA MENYUMBANG
KE DANA BANTUAN KECEMASAN
MISI RESCUE SYRIA (MAPIM)
_________________
1. Saudara yg prihatin boleh terus menyumbang melalui bank pilihan secara online (FPX):

INFAQ SEKARANG ▶️ www.rayuansyria.com
INFAQ SEKARANG ▶️ www.rayuansyria.com
INFAQ SEKARANG ▶️ www.rayuansyria.com

ATAU

2. Salurkan Sumbangan
Menerusi Maybank
SYRIA EMERGENCY APPEAL (DANA MAPIM)
Akaun No : 562834636987

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button