PalestinSemasa

#israelBIADAP serang Gaza selepas menyerang jemaah Masjid Al Aqsa

BAITULMAQDIS:  Pesawat israel telah menyerang Gaza sebagai tindak balas tindakan mempertahan diri tembakan roket oleh pejuang Palestin selepas tentera zionis menyerang perkarangan Masjid Al Aqsa hari ini.

Radio Hamas melaporkan bahawa serangan israel awal hari Rabu melanda dua kem latihan, satu di bandar Gaza dan satu lagi di kem pelarian.

Setakat ini, tiada laporan mengenai korban jiwa.

Serangan udara itu berlaku selepas tentera zionis menyerbu ke dalam Masjid Al-Aqsa, tapak ke-3 paling suci Islam di Baitulmaqdis Timur yang dicerobohi, menggunakan bom gas dan bom bunyi semasa muslimin sedang berdoa pada minggu ke-2 Ramadan ini.

Saksi dan Bulan Sabit Merah Palestin juga melaporkan bahawa tentera zionis telah membelasah jemaah, menyebabkan ramai yang cedera, meningkatkan kebimbangan ketegangan yang lebih meluas.

Video viral dari dalam Masjid Al-Aqsa memperlihatkan wanita dan kanak-kanak menjerit meminta tolong ketika tentera zionis melakukan serangan zalim. Bulan Sabit Merah Palestin berkata mereka telah mengerahkan pasukannya untuk merawat mangsa yang cedera dengan segera.

“Saya sedang duduk di atas kerusi sambil membaca (Quran) apabila tentera tiba-tiba mengganas,” kata seorang wanita warga emas kepada agensi berita Reuters di luar masjid,  sambil berusaha untuk menarik nafas.

 “Mereka melontar bom tangan, salah satu daripadanya mengenai dada saya,” katanya sambil mula menangis.

Para jemaah melaungkan slogan anti-israel ketika mereka terpaksa meninggalkan masjid. Askar israel juga memecahkan tingkap bahagian selatan masjid, kata saksi.

Polis israel dalam satu kenyataan berkata mereka menahan berpuluh-puluh rakyat Palestin yang sedang melakukan itikaf, satu amalan agama di mana umat Islam bermalam di masjid untuk bersolat dan membaca Al-Quran.

Agensi berita rasmi Palestin, Wafa, melaporkan bahawa berpuluh-puluh jemaah, yang menghabiskan sepanjang malam untuk bersolat, cedera apabila polis israel menyerbu masjid itu.

Keganasan israel di Baitulmaqdis Timur yang dicerobohi mencetuskan gelombang protes dan kecaman daripada rakyat Palestin.

“Kami memberi amaran kepada israel supaya tidak melintasi garis merah di tapak suci, yang akan membawa kepada letupan besar,” kata Nabil Abu Rudeineh, jurucakap Presiden Palestin Mahmoud Abbas.

BACA JUGA
Pemuda Palestin bangkit, tidak gentar serangan zionis israel

Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.

Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.

Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin  sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.

Klik:
www.tabunggaza.com

ATAU menerusi

Akaun Maybank

Tabung Kemanusiaan MAPIM (Dana MAPIM):
5622 6354 0066

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button