SemasaSyria

Zionis semakin agresif ‘cari pasal’ dengan Syria

DAMSYIK: Tentera israel telah melancarkan serangan peluru berpandu dengan menjadikan Lapangan Terbang Antarabangsa Damsyik sebagai sasaran pada Isnin, mengakibatkan 4 maut termasuk 2 anggota tentera negara ini.

Menurut agensi berita SANA, kejadian berlaku pada jam 2 pagi waktu tempatan, selain tentera zionis turut menyasarkan kawasan sekitar lapangan terbang berkenaan.

SANA melaporkan, serangan terbabit meragut 2 nyawa tentera Syria dan mengakibatkan lapangan terbang tersebut tidak lagi boleh beroperasi.

Serentak itu, Ketua bagi Hak Asasi Manusia Syria yang berpangkalan di Britain, Rami Abdul Rahman berkata, serangan itu dipercayai menyasarkan ‘kedudukan Hezbollah dan kumpulan pro-Iran di dalam lapangan terbang dan sekitarnya, termasuk gudang penyimpanan senjata’.

Sejak perang saudara meletus di Syria pada 2011, Israel sudah melancarkan ratusan serangan udara terhadap negara ini, terutamanya menyasarkan tentera kerajaan dan kumpulan pejuang yang disokong Iran dan Hezbollah.

Tiada ulasan daripada zionis tentang laporan mengenai serangan yang dilancarkan, namun negara haram itu berulang kali menegaskan alasan mereka tidak akan membenarkan musuh utama yang merujuk kepada Iran bertapak di Syria.

Kali terakhir lapangan terbang itu tidak beroperasi adalah pada Jun lalu, selepas serangan udara israel.

Serangan udara semalam berlaku selepas Syria yang berdepan dengan perang saudara tidak berkesudahan merekodkan angka kematian tahunan paling rendah sejak konflik bermula lebih sedekad lalu.

Menurut angka yang diperoleh Hak Asasi Manusia Syria di Britain, sekurang-kurangnya 3,825 orang maut dalam perang Syria pada tahun lalu, iaitu menurun 3,882 daripada tahun sebelumnya.

BACA JUGA
Dua kanak-kanak maut dalam kebakaran kem di Syria

MAPIM Malaysia menjemput sahabat peduli Ummah untuk sama menjayakan Misi Bantuan Kemanusiaan Syria. Justeru berikut bantuan terdesak yg diperlukan:

– RM250 bantuan selimut
– RM600 saham wakaf rumah pelarian
– RM500 bantuan ubat-ubatan
– RM250 bantuan food pack 1 bulan
– RM250 bantuan alat pemanas
– RM500 wakaf saham bina sekolah #40
– RM500 bantuan kitchen/kilang roti MAPIM
____
2 CARA MENYUMBANG
KE DANA BANTUAN KECEMASAN
MISI RESCUE SYRIA (MAPIM)
_____
1. Saudara yg prihatin boleh terus menyumbang melalui bank pilihan secara online (FPX):

INFAQ SEKARANG ▶️ www.rayuansyria.com

ATAU

2. Salurkan Sumbangan
Menerusi Maybank
SYRIA EMERGENCY APPEAL (DANA MAPIM)
Akaun No : 562834636987

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button