BAITULMAQDIS : Zionis israel telah merobohkan sebuah rumah penduduk Palestin di kawasan kejiranan Jabal al-Mukabber, tenggara Baitulmaqdis yang diceroboh, dengan alasan ia dibina tanpa permit.
Wartawan WAFA melaporkan, pasukan penceroboh yang diiringi jentolak menyerbu Jabal al-Mukabber dan terus merobohkan rumah milik Ihab al-Hussaini di mana keluarganya seramai empat orang, dua daripadanya adalah kanak-kanak.
Israel telah menyerahkan perintah kepada Hussaini untuk merobohkan rumahnya pada pertengahan bulan ini dan memberinya tempoh 21 hari untuk melakukan perobohan itu sendiri, atau orangnya sendiri akan merobohkannya serta memaksa pemiliknya membayar kos perobohan.
lsraeli occupation forces demolish a number of Palestinian-owned houses in occupied Jerusalem. pic.twitter.com/SrfSZA2vQC
— TIMES OF GAZA (@Timesofgaza) February 28, 2023
Hussaini enggan merobohkan sendiri rumahnya yang dibina pada 2017, dengan harapan perobohan itu tidak dilakukan.
Rumah Hussaini terletak di kawasan Jabal al-Mukabber di mana israel baru-baru ini merobohkan dua rumah lain dan telah mengeluarkan arahan perobohan terhadap 14 rumah lain di kawasan yang sama dengan alasan pembinaan tanpa permit.
Penduduk Palestin katakan adalah mustahil untuk mendapatkan permit kerana beribu-ribu unit rumah sentiasa dibina bagi peneroka Yahudi di penempatan haram yang dibina di atas tanah yang dirampas dari kejiranan yang sama.
Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.
Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.
Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.
Klik:
www.tabunggaza.com
ATAU menerusi
Akaun Maybank
Tabung Kemanusiaan MAPIM (Dana MAPIM):
5622 6354 0066
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia